Rakyat Masih Minda Tahap Lama Semasa BN Memerintah, Rafizi


Setelah kejayaan besar diraih oleh Pakatan Harapan melalui Pilihan Raya Umum ke 14, Dan setelah Tun Dr Mahathir selaku pengerusi Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yag ke-7, Rafizi tela membuat satu kenyataan dimana Tun Mahathir telah membuat keputusan tanpa melibatkan pimpinan PH dalam menentukan 3 jawatan menteri yang utama.

Kenyataan beliau telah dikecam oleh netizen kerana boleh menimbulkan suasana dan situasi yang tidak elok di waktu rakyat malaysia gembira dengan kejayaan dan perpaduan yang telah ditonjolkan dalam Pakatan Harapan.

Tidak kurang juga ahli PKR yang menyokong kenyataan Rafizi memandangkan beliau merupakan antara pejuang utama kemenangan Pakatan Harapan melalui INVOKE dan pembongkaran kes kes berprofil tinggi yang akhirnya mengorbankan kelayan bertanding dalam PRU 14.

Terbaru, Rafizi mengatakan ” Ramai yang merayakan kerajaan baru yang bebas tetapi tidak bebas dari minda tahap lama semasa di bawah BN dulu.

Sebab itu saya ulang berkali2 dlm semua ceramah: saya tidak bimbang PH akan menang.

Saya bimbang bila menang itu tidak membebaskan minda rakyat”.

Ini satu peringatan dan juga pandangan beliau, agar rakyat pada hari ini bersedia untuk bersifat dan berminda lebih terbuka dengan perubahan ekosistem politik ke arah Malaysia yang lebih dinamik dan progresif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat