Resepi Susu Kunyit Dan Kebaikan Kunyit Yang Kita Tidak Tahu
Kunyit. Tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat kunyit dari sudut kesihatan. Jika dulu kunyit hanya dianggap sebagai herba untuk merawat wanita bersalin, kini kunyit diketahui mampu menandingi ubat-ubatan moden kerana ia mempunyai bahan penyembuh yang tidak mengandungi kesan sampingan. Ramai pakar perubatan Barat mula memandang serius tentang kehebatan kunyit sebagai penawar untuk masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula, mengurangkan masalah kemurungan dan sebagainya. Rahsia penawar daripada kunyit ini ialah daripada warna kuningnya yang dikenali sebagai curcumin. Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, United Kingdom, Professor Gerard Bodeker berkata kunyit adalah salah satu herba penyakit terbaik di dunia dan telah lama digunakan secara meluas terutamanya di beberapa negara di Asia.
Menurut beliau lagi, curcumin adalah bahan aktif utama yang bertanggungjawab untuk menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ekstrak curcumin di dalam kunyit juga mengandungi polifenol merupakan komponen bioaktif kunyit yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh untuk membantu mencegah tanda-tanda awal kanser. Manfaat kunyit tidak harus terhad kepada warisan cerita turun temurun tetapi ianya juga perlu dikaji secara ilmiah agar tidak menimbulkan keraguan kepada orang awam. Ini kerana hanya dengan kajian saintifik, kita akan dapat mengetahui dengan jelas keberkesanan kunyit untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Terdapat lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan ke atas kunyit dan kesemuanya membuktikan bahawa kunyit adalah herba yang mempunyai kesan penyembuhan yang menakjubkan.
Antara kebaikan kunyit yang dikenalpasti ialah penghalang bengkak dan sakit-sakit pada otot, tulang dan sendi. Apabila seseorang mengadu sakit pada sendi, tulang, dan otot, ia sebenarnya berpunca daripada keadaan sel-sel badan yang menjadi bengkak akibat tercedera atau dari tindakan penyakit.
Ini menyebabkan badan menjadi merah, bengkak, panas dan sakit. Reaksi ini dipanggil inflammation yang sering berlaku kepada mereka yang kerap menggunakan anggota badan seperti tangan yang sentiasa mengendalikan jentera atau kekerapan menaiki tangga. Warga berumur 40-an ke atas biasanya terdedah dengan risiko ini yang akhirnya membawa kepada penyakit kronik seperti arthritis rheumatoid atau sakit sendi kronik. Kebiasaannya ubat-ubatan dan rawatan kemoterapi adalah rawatan yang sesuai untuk menghentikan kesan inflammation ini.
Kunyit dengan bahan aktif curcuminnya mampu menghalang kesan inflammation ini. Ini kerana curcumin mampu menghentikan aktiviti inflammation dengan sempurna dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh badan.
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.
Satu kajian lain pula mendapati curcumin dapat menyekat molekul NF-kB iaitu sejenis molekul yang menyebabkan keradangan dari bergerak ke dalam sel-sel nukleus sel untuk mengaktifkan keradangan sel.
Kunyit merupakan antioksidan semulajadi. Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, Amerika Syarikat mendapati curcumin, salah satu komponen kunyit juga mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.
Radikal bebas adalah sekumpulan atom yang dihasilkan dari proses oksidasi (tindak balas kimia di mana pemindahan elektron atau atom hidrogen dari molekul). Radikal bebas bersifat tidak stabil.
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Khasiat Minuman Susu Campur Kunyit Yang Ramai Tidak Tahu
Kunyit kaya dengan zat antiseptik dan anti radang yang akan membantu anda memerangi infeksi yang terjadi akibat batuk dan selesema. Campuran susu dan kunyit dikatakan sangat efektif dalam menyembuhkan sakit kerongkong dan batuk kering. Susu dan kunyit akan menjadi detoks yang sangat baik bagi tubuh. Ia membantu menyingkirkan toksin akibat gaya hidup yang tidak sihat dari badan anda.
Campuran dua bahan ini akan membantu meredakan rasa sakit, bengkak dan juga luka pada tubuh. Minuman ini akan menguatkan tulang dan juga otot serta memperbaiki fleksibiliti tubuh. Bagi kaum wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada perut ketika menstruasi, campuran dua bahan ini akan menjadi satu resepi yang boleh menghilangkan rasa sakit dan membuatkan tubuh anda tenang. Kunyit juga memiliki manfaat dalam melangsingkan tubuh. Komposisi zat yang terkandung dalam kunyit boleh memecahkan lemak, sekaligus menjadikan tubuh anda lebih langsing dan sihat.
Selepas ini, bolehlah kita cuba pula kan.
Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.
PSA: Kunyit muda kalau dibuat ulam dicecah dengan budu, memang menyelerakan.