Keputusan Menghapuskan GST Adalah Muktamad – Zeti

Sumber Rujukan : Kosmo

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan bahawa pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015 muktamad.

Menurut bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan sekarang ini. “Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan dalam proses untuk merealisasikan.”

Dua ahli majlis itu berada Kementerian Kewangan sejak pagi untuk membincangkan tentang percukaian disamping urusan mengenai ekonomi negara termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

Beliau menyatakan bahawa tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,”

“Kami akan mengumumkan apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatkan kelulusan di Parlimen,”

“Ini yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat