Analisa Yang Ringkas Pada PRU14
1. Strategi BN memilih hari Rabu kononnya rakyat akan malas balik mengundi, di balas dengan komitmen sepenuh hati dari rakyat Malaysia.
2. Tsunami PAS di Kelantan dan Terengganu. Di negeri pantai timur, majoriti menolak BN, tapi mereka lebih memilih parti yang sudah lama sebati dan familiar dengan cara hidup mereka, PAS.
3. Rakyat Malaysia sudah realistik, fokus pada kerosakan yang lebih besar yang berlaku depan mata berbanding isu lain seperti kuasa melayu / anti islam. This is the day we unite!
4. Perjuangan Nik Omar walaupun baru, berjaya mendapatkan banyak minat pengundi atas pagar. Dan menarik minat non muslim kepada Islam. Teruskan perjuanganmu Nik Omar.
5. Walaupun pimpinan Najib di tolak, tapi ada kerajaan negeri yang memerintah dengan bagus dan di sayangi rakyat, contohnya kepimpinan Tok Mat dari Negeri Sembilan.
Sayangnya mereka part of collateral damage dalam misi rakyat Malaysia menjatuhkan BN. Teruskan perjuanganmu Tok Mat, rampas Negeri Sembilan jika PH tidak perform.
6. PKR dan DAP play the game well. Walaupun Tun M adalah musuh ketat sebelum ni, tapi kita perlukan pengaruh dan kharisma Tun M untuk dapatkan sokongan pengundi dari BN. If you cant beat them, join them!
7. Dan yang paling penting, Tun M nailed it! Ramai penyokong BN dengan kehadiran Tun M, berani membuat perubahan mengundi PKR.
Mereka yakin dengan Tun M dapat membela nasib bangsa melayu, sama dengan Umno yang mereka sayangi.