Kereta Rosak Akibat Banjir ? Ini Cara Claim Insurans Kereta Akibat Banjir Yang Anda Perlu Tahu


Melihatkan keadaan cuaca yang tidak menentu, adalah baik untuk kita ketahui cara untuk claim insurans kereta jika terjejas akibat banjir atau bencana alam lain.

Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur semalam cukup mengejutkan orang ramai. Seperti yang berlegar di laman sosial semalam, memang cukup banyak kereta yang terkandas dan tenggelam akibat banjir kilat.

Tiada siapa yang menyangka dalam beberapa minit, ratusan kereta ditenggelami air.

Bagi membantu pemilik kereta dalam urusan perlindungan, di sini kami akan kongsikan cara untuk claim insurans kereta akibat banjir. 

Namun harus diingat langkah ini hanya terpakai untuk pemilik kereta yang membeli insurans tambahan bagi perlindungan bencana sahaja. 

Ya, caj insurans tambahan perlulah dibayar ketika perbaharui cukai jalan untuk nikmati perlindungan ini.  

Bagi yang belum tahu, polisi insurans standard tak cover kerosakan  kereta yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk claim insurans kereta yang terjejas banjir. 

Cara-Cara Untuk Claim Insurans Kereta Akibat Banjir

1. Jangan Hidupkan Enjin !

Walaupun banjir sudah reda, jangan hidupkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan pada enjin dan sistem elektrik dalam kereta. 

claim insurans kereta secepat mungkin untuk elak kerosakan

Kredit Foto : says.com

2. Rekod Maklumat Penting

Ambil gambar, rekod lokasi dan masa dan tarikh kejadian banjir. Jika kereta anda tenggelam, anggarkan jangka masa kereta tenggelam serta kedalaman air. 

3. Panggil Tow Truck

Hubungi perkhidmatan tarik kereta (tow truck) dan bawa kereta ke balai polis berdekatan bagi membuat buat laporan. 

4. Hantar Laporan Polis & Kereta Rosak Ke Bengkel Panel

Selepas selesai membuat laporan, anda boleh hantarkan laporan polis kepada mana-mana panel bengkel kereta berinsurans untuk claim insurans kereta. 

Tak Sure Macam Mana Nak Claim Insurans ? Hubungi Ejen Insurans Anda !

calim insurance ketika banjir adalah penting untuk elak kerugian

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi ejen insurans atau takaful untuk ketahui terma dan syarat serta panduan lanjut untuk urusan claim insurans kereta yang berkaitan. 

Semua syarikat insurans memegang terma dan syarat yang berbeza. Jadi anda perlulah dapatkan maklumat yang telus daripada mereka agar proses permohonan claim berjalan dengan lebih lancar.

Sediakan gambar serta butiran penting tentang kerosakan kereta akibat banjir. Jangan lupa untuk bawa dokumen berkenaan untuk rujukan mereka. 

Senarai Talian Syarikat Insurans

Di bawah merupakan senarai syarikat insurans untuk anda hubungi :

1. AIG Insurance Malaysia Berhad

Talian Hotline: 1800-88-8811 or 603-21180188

2. AIA General Berhad

  • Talian Hotline: 1300-88-1899
  • Kerosakan Akibat Banjir (Mestari Adjusters): +603-79890310 / 0311
  • Kerosakan Akibat Banjir (Malayan Adjustment Co Sdn Bhd) – +6016-4102111 (Nelson) or +6016-2129949 (Rebecca Poh)

3. Allianz General Insurance Company (M) Berhad

Allianz Road Rangers (bantuan kemalangan 24 jam/bantuan jalanraya): 1-800-22-5542

4. AmGeneral Insurance Berhad

Talian Hotline:

  •  Kurnia: 1800-88-3833
  • Amassurance: 1800-88-6333

5. AXA Affin General Insurance Berhad

Talian Hotline 24 jam Untuk Urusan Claim Banjir : +603-7989 0310

6. Berjaya Sompo Insurance

Talian Hotline 24 jam Urusan Claim Insurans Berkaitan Bencana Alam :

  • Bukan Kenderaan : 1800-18-8010
  •  Kenderaan : 1800-18-8033

7. Chubb Insurance Malaysia Berhad

Talian Hotline : +603-20583000 / 1-800-88-3226

8. Etiqa General Insurance Berhad

Talian Khas Urusan Perlindungan Banjir :

  • +603-26928188 : Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Penang, dan Perlis
  • +603-42707735/5068 :  Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

9. Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad

Talian Hotline : 1300-13-1088

10. Liberty Insurance Berhad

Talian Hotline : 1300-88-8990

11. Lonpac Insurance Berhad

Talian Hotline: +603-22628666

12. MPI Generali Insurans Bhd

Talian Hotline: +603-20349888

13. MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

  • Talian Hotline Urusan Insurans Kenderaan : 1-300-880-833
  • Talian Hotline Perkhidmatan Pelanggan : 1-800-88-MSIG (6744)

14. Pacific & Orient Insurance Company Bhd

Talian Hotline: 1800-88-2121

15. Progressive Insurance Bhd

Talian Hotline: 1800-88-8458

16. QBE Insurance (M) Berhad

Talian Hotline: 1-300-88-4847

17. RHB Insurance Berhad

  • Talian Hotline: 1300-88-0881
  • WhatsApp: +6012-6031978

18. The Pacific Insurance Berhad

Talian Hotline: 1800-88-1629

19. Tokio Marine Insurans (M) Berhad

Talian Urusan Claim Bencana Alam : +603-20278488 (Whatsapp)

20. Tune Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect Malaysia)

  •  Talian Khas Urusan Claim Insuran Kenderaan Terjejas Banjir : 1800-22-8863
  • Talian Khas Urusan Claim Insuran Rumah/ Hartanah Komersil Ketika Banjir : +603-79890310

21. Zurich General Insurance Malaysia Berhad

Talian Hotline : 1-300-888-622

Talian Khidmat Pelanggan Syarikat Insurans Takaful

1. Etiqa General Takaful Berhad

  • Bantuan automatik Whatsapp 24-jam : 1-800-88-6491
  • Talian Khas Urusan Claim Insurans Banjir :  +603-26928188 (Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Penang, dan Perlis)
  • Talian Khas Urusan Claim Insurans Banjir : +603-42707735/5068 (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah and Sarawak)

2. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

No. Telefon : 1-300-88-252385

3. Takaful Ikhlas General Berhad

No. Telefon : +603-27239696

4. Zurich General Takaful Malaysia Berhad

Hotline Banjir 24-jam :  +603-42700024
No. Telefon : +6017-3046288

Jangan berlengah untuk hubungi syarikat insurans anda. Lagi cepat anda hubungi, lagi cepat masalah kereta anda dapat diselesaikan. 

Sementara menunggu urusan claim insurans, anda dinasihatkan untuk keringkan bahagian dalam kereta terlebih dahulu.

Buka semua pintu dan keluarkan karpet kereta. Jemurkan kereta di tengah panas untuk elakkan kereta berkulat dan berbau akibat basah. 

Anda juga digalakkan untuk cuci dan keringkan kereta secepat mungkin bagi mengelakkan masalah wiring dan komponen elektrik kereta rosak. 

Perubahan cuaca di negara kita memang sukar dijangka sejak-sejak ini. Oleh itu, kita perlulah buat persiapan yang sepatutnya bagi menghadapi kejadian yang tidak diingini. 

Bagi yang terkesan dengan banjir di Kuala Lumpur semalam, jangan berlengah untuk claim insurans dan baiki kereta secepat mungkin. 

Semoga urusan rakyat Malaysia yang terkesan banjir ketika ini dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat