Khasiat Limau Purut
Limau Purut
Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix memang tidak asing lagi dalam turun temurun kalangan masyarakat kita. Buah yang berbentuk bulat menggerutu serta mempunyai rasa yang masam dan pahit amat popular dan kebiasannya digunakan dalam masakan Melayu, Myanmar, Kemboja serta Indonesia.
Terdapat banyak khasiat yang dimiliki oleh buah limau purut ini terutamanya untuk perubatan serta kecantikan, antaranya :
1. Kulit kepala kering
- Menggunakan buah ini sebagai scrub
- Cara penyediaanya adalah dengan membersihkan terlebih dahulu , kisar limau dengan air yang sedikit jika mahu pekat. Selepas itu , masukkan ke dalam bekas dan simpan limau dalam peti sejuk
- Penggunaanya pula adalah dengan melumurkan skrub seperti biasa, membuat urutan di kepala dan biarkan selama 5 minit sebelum mencucinya
2. Mengatasi bau badan
- Bahannya adalah buat beserta daun limau purut
- Cara penyediaanya, hiris daun terlebih dahulu dan campurkan dengan air perahan limau untuk dijadikan bahan mandi. Malah, anda juga boleh menggunakan air perahan ke sseluruh badan dan biarkan selama 30 minit.
3. Menghilangkan kesan kotoranĀ
- Kebiasaanya kotoran pada baju bewarna cerah sukar ditanggalkan
- Cara penyediaanya adalah, basuh baju dengan air suam , kemudian letakkan kapur sirih di kotoran dan perah limau tersebut. Rendam baju selama 5-15 minit dan bilas baju dengan air suam
4. Masalah gigi kuning
- Bahan yang diperlukan hanya buah dan sedikit garam
- Cara penyediaanya, tumbuk garam dan campurkan dengan daun limau, kemudian gunakan campuran tadi sebagai ubat gigi
- Daunya boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi
5. Pewangi
- Sering digunakan untuk menghasilkan aromaterapi
- Aromanya boleh memberi rasa awet muda
- Cara penyediaanya adalah dengan menghiris halus daun limau purut bersama daun pandan
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi khasiat limau purut ini kerana ia sangat membantu dalam kehidupan harian kita dari segi pemakanan mahupun kesihatan kita. Dalam perubatan tradisional, airnya mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat serta menyegarkan mental seseorang.