Perubahan Kecil Yang Menjimatkan 5 Minit Memberikan Kesan Yang Besar
Kat Glasgow ni, orang marhaen macam aku ni naik bas je. Entah berapa minggu lalu aku tengok tiba-tiba pondok bus stop tepi jalan kena cabut. Aku pun tak tahu kenapa.
“Tu, city council cabut dan pindahkan ke depan. ” kata Taufik, jiran aku.
Ya Rabbi! Pindah dekat je. Lebih kurang 80 meter. Boleh nampak depan tu. Buat apa susah-susah. Sama je bus stop kat sini atau dekat depan.Tak beza pun.
“Diorg nak kurangkan 2 hentian bas. Bas kurang berhenti, cepat sikit sampai ke destinasi.” tambah Taufik. Sebab rumah dia betul-betul depan bas stop, aku pun percaya. Aku try naik bas, nak tengok banyak mana jimat masa bila cabut 2 bus stop.
Ohoi! Jimat 10-15 minit je rupanya.
10 minit je kot. Tak de la apa beza sangat. Setakat beberapa minit. Kat Malaysia tunggu bas yang tak tahu sampai bila tu biasa la, so aku rasa tak de beza sangat. Belum masuk azab tunggu komuter. 10 minit isap rokok sebatang je.
Tapi dalam kepala otak orang kat Glasgow ni rupanya ada matematik lain.
10 minit untuk satu orang. Satu trip bas bukan aku sorang penumpang. Katakan ada 20 penumpang, so darabkan 10 minit dengan 20.
Banyak tu!
Lepas tu, darab dengan jumlah trip sehari. Lepas tu, darab dengan jumlah bas yang beroperasi sehari.
Bukan 10 minit boi.
Dengan masa tu, kau bayangkan berapa banyak produktiviti dan pembangunan boleh diorang buat. Sebab satu benda kecil, banyak benda boleh berubah. Orang panggil sebagai ripple effect. Kesan berangkai.
Allah. Camntu ke diorg kira. Aku baru faham. Tak sangka benda kecil macam ni pun diorg ambil peduli. Sebab 10 minit je pun. Benda simple. Tapi bila fikir balik, benda kecil dapat mengubah banyak benda. Begitu sekali diorang nak pastikan masyarakat tak membazir masa di atas bas. Aku salute. Patutlah dalam Quran kata demi masa.
Bila balik ke rumah kepala aku tunduk je. Kat sini 10 minit pun orang sangat berkira, sedangkan aku entah berapa tahun dalam usia membazir benda yang sia-sia. Tak masuk lagi bab mengadap jem hari-hari masa hidup kat KL dulu.
Terus aku rasa berbulu dengan orang yang berjanji tapi tak tepati masa. Siap jawap ‘on the way dah ni, 10 minit sampai’ padahal baru pakai kasut depan umah.. Janji Malaysia.
Semalas orang putih ni, bila kerja memang sungguh-sungguh. Sekecil kuman pun dikira, sehalus tungau pun diperiksa.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Hidup tak selama mana.
Nota : Artikel ini boleh di SHARE jika bermanfaat. Hormati harta intelek, jauhi Copy & Paste.