Penganut Berjubah dan Menutup Kepala, Ini 11 Agama Seakan Islam Tapi Bukan Islam


Adalah kebiasaan bagi kita untuk menilai luaran orang bagi mengenalpasti agama dan budaya masing-masing. Bagi penganut agama Islam, mereka biasanya dilihat memakai pakaian yang menutup badan. Kepala pula ditutup dengan kopiah bagi lelaki dan tudung bagi perempuan.

Namun, tahukah anda terdapat banyak lagi agama yang dari luarannya nampak seperti Islam tetapi sebenarnya mereka menganut agama lain ?

Perkara ini telah dkongsikan oleh Ahmad Iqram Mohammad Noor, seorang pendakwah serta pakar dalam ilmu Usuluddin (kajian perbandingan agama).

Mari kita kenali beberapa jenis agama yang mempunyai imej yang mirip dengan Islam tetapi mengamalkan ajaran yang jauh berbeza.

11 Agama Seakan Islam Tapi Bukan Islam

1. Druze

Agama baru ini terlahir dari aliran Syiah Islamailiyyah. Penganut agama Druze mendakwa Khalifah Fatimiah dari Mesir iaitu Al-Hakim bi-Amr Allah adalah Allah dalam penjelmaan bentuk manusia. Semua kata-kata yang keluar dari Al-Hakim juga dianggap sebagai wahyu dari Tuhan.

Ia diasaskan oleh seorang penganut syiah bernama Muhammad Ismail Ad-Darazi.

Mereka juga mengadun kepercayaan falsafah Yunani Hindu Buddha dengan kepercayaan Syiah Islamailiyyah. Jika dilihat sekali imbas, pemakaiannya memang seakan orang Arab kerana dipengaruhi oleh budaya masyarakat Timur Tengah.

agama seakan islam salah satunya ialah druze

2. Agama Yarsani

Yarsanisme atau ahli haq atau Kakai adalah agama yang diasaskan oleh Sultan Sahak yang lahir di Parsi dari kelompok Kurdish.

Penganut agama Yarsani nyata sesat dengan menganggap Sultan Sahak sebagai nabi baharu. Tak hanya itu, mereka turut menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah di dunia sering meminta pertolongan kepada Ali.

Kelaziman mereka mencampuri agama Kristian, Zoroaster dan Hindu dalam ibadah juga menjadikan ia sangat bercanggah dengan Islam walaupun secara luarannya pemakaian penganut persis seperti orang Islam.

3. Sabean Mandean

Agama Sabean Mandean atau Mandaeism berasal dari Iraq di sekitar persisiran Sungai Eufrat dan Tigris. Agama ini juga wujud lebih awal sebelum kedatangan Islam.

Di dalam al Quran, agama Sabean disebut sebanyak 3 kali iaitu dalam surah al-Baqarah (ayat 62), al-Maidah (ayat 69) dan al-Hajj (ayat 17).

Ajaran ini menganggap Nabi Yahya / John The Baptist adalah nabi utama. Penganut juga melazimi upacara pembaptisan di sungai sebagai ibadat utama dalam kepercayaan.

Meskipun pakaian penganut agama seakan Islam ini persis seperti Muslim, mereka mengamalkan gaya hidup dan amalan yang mirip dengan orang Kristian.

agama seakan islam

4.  Agama Yahudi

Agama anutan bangsa bani Israel  mendapat risalah wahyu dari nabi dan rasul yang telah diutuskan Allah.

Sebagai agama samawi yang tertua, kepercayaan agama Yahudi dan Islam ada beberapa persamaan, namun orang Yahudi hanya beriman dengan syariat Nabi Musa a.s sebagai nabi terbesar dalam ajaran mereka.

Mereka berpegang kepada Sepuluh Firman Tuhan atau Ten Commandments atau Decalogue yang dikatakan diterima langsung oleh Nabi Musa di bukit Sinai.

Mereka beribadah tiga kali sehari dengan berkiblatkan Baitul Maqdis dan turut adakan korban binatang serta berpuasa dengan cara tersendiri.

5. Zoroaster

Agama seakan Islam yang seterusnya ialah Zoroaster. Juga dikenali sebagai Majusi, agama ini lahir dari Parsi atau Iran dan memuliakan elemen-elemen alam seperti api, air, tanah dan udara.

Agama Zoroaster difahamkan mula disebarkan oleh seorang tokoh agama yang dianggap sebagai nabi di kalangan penganut ini iaitu Zarathustra.

Agama ini sudah ada sebelum zaman Nabi Isa lagi dan semakin berkembang sejak ia mula dianuti oleh Cyrus The Great, raja Parsi yang adil serta disegani.

Zoroaster telah mengubah kepercayaan pagan orang Parsi lama dari menganut agama politheism kepada ajaran monotheism yang sudah wujud sejak awal era Parsi lama.

Agama ini juga terkenal sebagai antara ajaran monotheism yang tertua di dunia setara dengan agama Yahudi dan Kristian.

zoroaster juga adalah satu lagi agama seakan islam kerana pemakaiannya

6. Kristian

Agama Kristian tercetus setelah ketiadaan Nabi Isa hasil dari konflik zaman selepas dipengaruhi misionari St Paul.

Mereka bertuhankan Nabi Isa sebagai Tuhan yang setara dengan Tuhan Bapa sehingga terlahir konsep Holy Trinity.

Sebahagian penganut didapati masih mengekalkan pemakaian tradisi masyarakat Jerusalem di Timur Tengah yang sinonim dengan pemakaian menutup kepala.

7. Agama Samaritan

Agama Samaritan merupakan agama kuno sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Isa. Mereka adalah kelompok Bani Israel yang telah asingkan diri dari orang Yahudi lain .

Mereka turut mendakwa kitab Taurat orang Yahudi menyeleweng sementara kitab asli Taurat yang mereka miliki adalah asli.

Kelompok ini bertumpu di bawah kawasan West Bank dan mereka mensucikan gunung Gerizim.

8. Agama Baha’i

Agama Baha’i merupakan agama baharu yang tercetus dari fahaman Syiah Imamiyyah di Parsi. Penganut agama ini mendakwa tokoh mereka Sayyid Ali Muhammad Syirazi dan Mirza Hussein Ali adalah seorang rasul.

Disebabkan agama ini lahir dari Iran, penganutnya juga dilihat mempunyai imej seakan orang Arab di Timur Tengah.

9. Agama Yazdani

Agama Yazdani lahir di kalangan bangsa Kurdish. Penganutnya menyembah Tuhan bernama Yazdan sambil mempraktikkan ajaran yang menggabungkan agama Hindu, Kristian, Majusi dan sufi batiniyyah.

Selain itu, mereka juga beriman dengan kewujudan ketua malaikat Merak yang dinamakan Melek Taus. Kisah Melek Taus merupakan versi mereka membersihkan karakter iblis dalam kitab mereka.

Penganut agama Yazdani juga amalkan ritual memuja kubur wali mereka yang terletak di Iraq iaitu Adlu Ibn Musafir .

agama seakan islam ini mempercayai tuhan merak

10. Agama Qadiani

Gerakan Ahmadiyaah Qadiani ialah agama yang lahir di India pada abad ke-18. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad dan mempunyai imej yang agama seakan Islam. Namun fahaman mereka jauh menyimpang dari ajaran Rasulullah s.a.w.

Pengasas agama Qadiani, Mirza mendakwa dirinya sebagai rasul baharu, Imam Mahdi dan Nabi Isa yang akan turun pada akhir zaman dan telah mengubah beberapa syariat dalam Islam.

11. Agama Sikh

Agama Sikh adalah agama baru yang lahir di india hasil konflik antara agama Islam dan Hindu di negara tersebut.  Agama ini mengakui kewujudan unsur Hindu dan Islam dalam kitab suci mereka. Pemakaian penganutnya juga menunjukkan ciri-ciri islam dengan lelaki memakai turban sementara para wanita menutup kepala.

Meskipun terdapat banyak agama yang mempunyai penganut yang seakan orang Islam, janganlah kita mudah terpedaya dengan ajaran mereka kerana Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhai Allah.

Kewujudan pelbagai agama seakan Islam merupakan bukti nyata bagaimana penampilan seseorang tidak mencerminkan agama semata-mata. Sebagai orang Islam, kita tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

Kita juga perlu berpegang kepada iman dan akidah bahawa agama Islam sahajalah satu-satunya agama yang diredhai Allah.

Memetik firman Allah SWT : “Sesungguhnya agama di sisi ALLAH ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barang siapa yang ingkar terhadap ayat-ayat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH sangat cepat perhitungan-Nya.” [Ali ‘Imran ayat 3: 19]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat