Adakah Anak-Anak Yang Cerdik Lahir Daripada Ibu Bapa Yang Berpendidikan Sahaja?

Sumber Rujukan : Zamir Mohyedin

Pandangan umum selalu tertanya-tanya tentang, adakah anak-anak yang cerdik lahir daripada ibu bapa yang berpendidikan sahaja?

Tapi ada kajian lain selama 20 tahun daripada 27 buah negara mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku turut mencerdikkan mereka tanpa mengira latar belakang pendidikan ibu bapa. Bak kata Pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Anak-anak yang membesar dengan 500 buah buku di rumah berbanding tiada buku jelas memberikan impak yang berbeza.

Ini yang didapati oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Mariah Evans dari University of Nevada melalui kajian 27 buah negara itu.

Kehadiran buku dalam hidup kanak-kanak macam dididik oleh ibu bapa yang ada pendidikan selama 15 tahun. Berbanding yang tiada buku seperti dididik oleh ibu bapa yang mempunyai pendidikan selama 3 tahun.

Memiliki buku di rumah adalah dua kali lebih penting berbanding mempunyai bapa yang berpendidikan.

Mereka juga mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku, 3 tahun ke hadapan lebih pantas dalam didikan.

Di China, kanak-kanak yang mempunyai 500 buku di rumah mereka, mempunyai kepantasan didikan 6 tahun ke hadapan. Evans kata, 3 tahun ke hadapan pun dah cukup signifikan.

500 buku mungkin banyak sangat, 20 buku pun menurut Evans sudah cukup untuk bagi impak.

Maka, orang kaya sajalah yang ada suasana macam ini sebab dapat beli buku banyak-banyak.

Penyelidik ini membidas, tak semestinya. Mereka dapati, keluarga yang kurang bernasib baik selalu ada suasana macam ini kerana anak-anak manfaatkan sepenuhnya buku-buku yang ada.

Yang penting, ibu bapa kena pupuk budaya membaca. Aduh, macam ayat karangan sekolah.

Rajin-rajin pergi ke kedai buku, hadiahkan buku pada anak-anak, jadikan pesta buku sebagai lokasi percutian.

Nak pupuk, ibu bapalah kena mula dulu. Jadi, carilah pasangan yang bawa buku ke mana-mana dan sangat rajin membaca untuk masa depan anak-anak yang cerdik dan berpengetahuan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat