Kebaikan, Fungsi & Sumber Vitamin D Yang Tidak Diketahui Ramai

Sumber Rujukan : Portal

Vitamin D amat  diperlukan kerana Vitamin D memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Pentingnya vitamin D untuk kesihatan kerana ia membantu menguatkan tulang. Vitamin D membantu menyerap kalsium ke dalam tulang bagi mengelakkan tulang rapuh dan retak.

Kebaikan Vitamin D

Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Tahukah anda kenapa vitamin D penting untuk kesihatan kita?

  • Membantu menguatkan tulang

    – Vitamin D membantu menyerap kalsium ke dalam tulang dan Vitamin D + kalsium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak.

  • Mengurangkan risiko kencing manis 

    – Lemak badan yang berlebihan memainkan peranan kepada risiko kencing manis dan kekurangan vitamin D.

  • Mengurangkan kemurungan

    – Vitamin D memainkan peranan dalam perkembangan dan fungsi otak, pengambilan vitamin D yang secukupnya membantu mengurangkan symptom depresi.

  • Membantu mengurangkan berat badan 

    – Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai tahap vitamin D yang rendah. Pengambilan vitamin D dalam diet seharian membantu mengurangkan berat badan.

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung

    – Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D meningkatkan risiko mengalami serangan jantung.

Vitamin D merupakan kumpulan vitamin yang larut dalam lemak prohormon. Terdapat 2 bentuk utama iaitu:

  1. Vitamin D2 ( ergokalsiferol) –  Vitamin D2 boleh disintesiskan oleh tumbuhan dan kulat.
  2. Vitamin D3 (kolekalsiferol).  – Vitamin D3 boleh disintesiskan sendiri oleh manusia  apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari.

 

Fungsi Vitamin D

Peranan dan fungsi vitamin D ialah meningkatkan tahap kalsium serum dengan memudahkan penyerapan kalsium dan menggerakkan kalsium dari tulang. Sebab itulah Ostematrix (Vitamin Kalsium) didatangkan sekali dengan Vitamin D.

Selain itu juga vitamin D menyerap kalsium dan fosforus daripada diet dan membantu menyokong pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang sihat kerana proses ini memerlukan kalsium dan fosforus yang cukup. Vitamin D pula menyokong proses yang dilakukan oleh Kalsium dan Fosforus.

Sumber  Vitamin D

 1. Cahaya matahari

Sumber vitamin D yang percuma dan mudah diperolehi. Kebanyakan orang bergantung kepada pendedahan cahaya matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D mereka. Sinar UVB dengan gelombang 290-320 nanometer boleh menembusi kulit yang terdedah kepada cahaya matahari dan ini boleh menukarkan provitamin D3 dalam kulit kepada vitamin D3 (Institute of Medicine [IOM], 2010).

Pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan kepada cahaya matahari (tanpa menggunakan pelindung matahari) selama 5-30 minit antara 10:00 pagi ke 3.00 petang untuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian (Holick, 2007).

2. Susu

Manfaat susu bukan sahaja untuk bayi. Susu sangat bermanfaat untuk semua peringkat umur. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa susu sebagai salah satu makanan sumber utama vitamin D. Penemuan dalam FASEB Journal, dan disajikan pada konferensi Experimental Biology di Anaheim, California.

Menurut kajian, tidak ada makanan lain yang dapat memberi vitamin D sebaik susu. Bahkan, untuk anak-anak berusia dua sehingga 18 tahun, susu menyediakan hampir dua-pertiga dari semua vitamin D dalam makanan untuk pertumbuhan gizi. Selain untuk menjaga tulang yang kuat susu juga dapat memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

3. Telur

Telur juga salah satu sumber terbaik vitamin D. Ia menyediakan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Satu biji telur besar menyediakan 10%  sumber harian vitamin D. Telur juga mengandung vitamin lain seperti vitamin A, K dan E.

4. Mentega

Mentega merupakan produk industri susu kerana bahan utama pembuatannya berasal daripada lemak haiwan atau susu (80-82 peratus) yang diproses menjadi pepejal lemak. Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.

5. Minyak Ikan

Kaya dengan vitamin D dan merupakan sumber lemak rendah kolesterol.  Kegunaannya bukan untuk menggoreng, melainkan salah satu bentuk suplemen yang baik untuk diamalkan oleh anak dan orang dewasa. Minyak ikan cod juga merupakan sumber baik vitamin D.  Minyak ikan juga baik untuk kesihatan tulang dan dapat meningkatkan fungsi otak si kecil.

Kesimpulannya, vitamin D boleh diperolehi dengan mudah melalui pendedahan cahaya matahari dan sumber-sumber lain. Kita hendaklah mendapatkan vitamin D yang cukup dalam kehidupan seharian bagi memperoleh kesihatan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat