Bangkitkan Isu Politik, Seksualiti Hingga Jenayah Sebenar, Ini 7 Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi


Industri perfileman tempatan sentiasa menjadi bualan hangat. Bukanlah semata-mata kerana gosip dan gimik dari penggiat seni yang membanjiri media sosial, namun ia juga tidak pernah reda dari kontroversi.

Baru-baru ini, sebuah drama bersiri di TV3 berjudul Perempuan Itu dihujani kecaman dahsyat oleh netizen sejak video hantaran Zul Ariffin mengenai drama tersebut memaparkan adegan panas. Ia jelas bukan kebiasaan bagi negara ini untuk menghasilkan karya sebegitu untuk tontonan umum.

Namun, tahukah anda, kritikan terhadap karya tempatan bukanlah perkara baru. Malah, terdapat banyak filem tempatan yang dikecam hebat sehingga tidak berjaya ke pawagam langsung !

Kalau nak tahu filem apa yang pernah menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat, jom kita semak 7 filem tempatan yang pernah dilanda kontroversi.

7 Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi

1. Perempuan, Isteri Dan …

meskipun Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi, ia masih berjaya merangkul banyak anugerah

Filem arahan U-Wei Hj Saari ini mengisahkan tentang kehidupan suami dan isteri bernama Amir dan Zaleha. Jalan cerita filem ini  nyata berlainan dengan kebanyakan filem yang ditayangkan sekitar awal 90an.

Ia agak sukar untuk diterima oleh penonton ketika itu dengan representasi seksualiti wanita dalam filem ini.  Ia juga pernah mencetuskan kontroversi akibat watak Sofia Jane berkemban. 

Namun, filem ini dikatakan sebagai antara filem tempatan terbaik. Ditambah pula dengan kehebatan lakonan Nasir Bilal Khan sebagai suami yang panas baran menjadikan filem ini sangat menarik. Filem ini berjaya merangkul lima anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 termasuk filem terbaik. 

2. Lenjan (1998) 

lenjan lakonan rosyam nor adalah salah satu Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi 

Peminat filem pasti tidak akan lupakan watak Datuk Rosyam Nor sebagai perogol dan pembunuh bersiri. 

Filem ini juga pernah mewakili negara dalam Festival Filem Asia Pasifik. Karya ini mencetuskan kontroversi dengan adanya beberapa adegan panas. Filem ini juga dilihat unik kerana diadaptasi dari kisah benar. 

3. Daulat (2020)

daulat merupakan satu lagi karya Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi 

Filem bertemakan political thriller ini mengisahkan parti politik MUNA yang baru kalah dalam pilihan raya. Bagi memenangi hati pengundi dalam pilihan raya seterusnya, mereka tekad untuk lakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai .

Filem ini tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) atas alasan persamaan situasi politik di Malaysia. Filem ini dikatakan mempunyai persamaan dengan gerakan Langkah Sheraton, namun ia telah pun mulakan penggambaran pada Julai 2019 berbanding peristiwa sebenar yang berlaku pada Februari 2020. 

Meskipun tidak masuk ke pawagam, Daulat berjaya menemui penonton melalui saluran atas talian iFlix pada April dua tahun lalu dan berjaya meraih 200,000 tontonan dalam masa dua hari sahaja. 

4. Banglasia (2019)

filem banglasia merupakan salah satu filem tempatan yang sarat kontroversi

Nama Namewee yang sering terpalit dengan kontroversi menarik perhatian negatif terhadap negara Malaysia pada tahun 2019 kerana membabitkan elemen politik dan menyentuh sensitiviti rakyat melalui Banglasia. Filem ini asalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada tahun 2014 namun terpaksa ditunda sehinggalah mendapat kelulusan LPF pada tahun 2019. 

Tajuk filem ini mengambil inspirasi daripada keadaan ibu negara pada hujung minggu yang dipenuhi warga asing dari Bangladesh. 

5. Laga (2014) 

laga merupaan antara Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi 

Filem tempatan yang sarat kontroversi ini dibarisi oleh ramai pelakon hebat seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Wan Hanafi Wan Su. Kontroversi dalam filem ini tercetus daripada adegan ranjang Wan Hanafi dan Marsha Milan Londoh.

Warganet menganggap babak hangat ini hanyalah gimik murahan dari pengarah yang sudah 15 tahun tidak mengarahkan filem. 

6. Tanda Putera (2013)

tanda putera adalah antara Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi 

Filem berunsurkan patriotik dan sejarah sememangnya sukar untuk diterjemah kepada karya filem. Namun, ia perlu dihasilkan bagi mengenang kesengsaraan pejuang terdahulu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba ini pernah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan memotretkan sejarah penglibatan pemimpin DAP dan kaum cina dalam peristiwa berdarah 13 Mei secara tidak jujur. 

Lebih teruk lagi, laman Facebook rasmi bagi filem ini juga memaparkan gambar seorang ahli parlimen yang dibawa oleh sekumpulan pegawai beruniform beserta kapsyen yang mendakwa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor. 

Shuhaimi Baba membidas dakwaan ini dan mengatakan jalan cerita bagi filem ini adalah fiksyen semata-mata. 

Akibatnya, filem ini telah ditunda beberapa kali sebelum dibenarkan untuk masuk siaran pawagam. 

7. Dukun 

dukun Filem Tempatan Yang Sarat Kontroversi 

Filem sulung arahan Dain Said ini hanya ditayangkan selepas 12 tahun iaitu pada tahun 2018. Tayangan filem ini pernah diharamkan kerana jalan ceritanya yang diangkat dari kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fandey pada tahun 1993.

Ketika itu, ia merupakan kes yang cukup menggerunkan masyarakat dan meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Filem ini juga sarat dengan kontroversi dan dikhuatiri akan menyinggung perasaan keluarga mangsa yang terbabit. Namun, ia masih mendapat sambutan hangat walaupun diperam lebih daripada 10 tahun. 

Senarai filem tempatan yang sarat kontroversi ini menambah warna pada industri perfileman negara. Tidak hanya menayangkan adegan panas, beberapa karya juga tidak lulus tapisan akibat jalan cerita yang boleh menyentuh sensitiviti politik dan rakyat Malaysia.

Sesetengah filem yang pernah dikritik tajam juga berjaya mengangkat reputasi perfileman tempatan ke mata dunia. Apa pendapat anda mengenai tapisan filem tempatan ? Adakah ia bersifat terlalu mengekang atau relevan untuk memelihara kualiti filem keluaran Malaysia ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat