Tips Mengajar Anak Menabung Dengan Cara Berkesan
Sebagai ibu bapa, didikan menguruskan perbelanjaan harus dipupuk kepada anak-anak sejak dari kecil lagi agar sikap boros dan tidak menghargai wang dapat dielakkan. Tabiat menguruskan perbelanjaan harus ditunjukkan kepada anak-anak supaya mereka membesar dengan baik dan dapat menguruskan wang dengan betul.
Sekiranya anak sudah mula pandai untuk meminta anda membelikan sesuatu yang mereka inginka dari anda, itu menunjukkan bahawan anda sudah boleh mula mempraktikkan cara pengurusan wang dengan betul kepada anak anda. Tunjukkan mereka cara mengenal nilai wang terlebih dahulu agar mereka dapat membezakannya.
Tips Mengajar Anak Anda Menabung
-
Membuka Akaun Simpanan
Terdapat banyak bank di Malaysia yang menawarkan akaun junior bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Kebanyakan daripada bank ini juga menawarkan pelbagai hadiah percuma dan promosi-promosi yang menarik bagi anak-anak yang membuka akaun bank. Secara tidak langsung ini akan menarik minat anak-anak untuk menabung bagi mendapatkan hadiah yang ditawarkan.
Anak-anak anda akan lebih teruja apabila mereka melihat sendiri buku bank dicatat dengan nama mereka dan mempunyai baki di dalamnya. Daftarkan mereka untuk mengikut program-program yang dianjurkan oleh pihak bank untuk memberikan pendedahan kepada mereka.
-
Memberi Mereka Wang Saku
Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajarkan mereka untuk membelanjakan wang saku mereka secara berhemah. Sekiranya mereka bawa bekal ke sekolah, berikan mereka dorongan dengan mengatakan wang akan cepat banyak dengan menyimpan secara berhemah. Ini dapat meningkatkan motivasi dalam diri mereka untuk menabung.
-
Menghadiahkan Tabung
Pelbagai jenis tabung dengan bentuk yang menarik yang terdapat di pasaran. Bawakan mereka untuk memilih sendiri tabung yang mereka inginkan. Sebaiknya, belikan mereka tabung yang lutsinar kepada mereka supaya mereka boleh melihat isi kandungan tabung tersebut. Ini bagi meningkatkan semangat mereka untuk terus menabung apabila dapat melihat sendiri hasil tabungan mereka.
Elakkan dari menukarkan duit tabungan mereka menjadi wang kertas yang sama nilai. Bairkan duit syiling penuh dalam tabung. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat untuk menabung.
-
Mengajar Mereka Supaya Lebih Berusaha Jika Mahukan Wang lebih Banyak
Tunjukkan cara kepada mereka untuk mencari wang tambahan lebih cepat. Anda boleh membantu mereka untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sediakan mereka booth jualan di hadapan rumah anda. Penyediaan barang-barang jualan juga boleh anda sediakan seperti cupcake, snadwich dan minuman.
Selain dapat memupuk minat suka menabung mereka, hubungan anda dengan anak juga akan bertambah mesra. Anak anda pastinya akan seronok dengan pengalaman yang anda berikan kepada mereka. Anak-anak akan memahami erti penat lelah mencari wang dan akan menghargainya sebaik mungkin.
-
Tetapkan Sasaran Untuk Simpanan
Menanyakan apa yang mereka inginkan. Sebagai contohnya anak lelaki mahukan Playstation 4 ataupun patung Barbie bagi yang perempuan. Bawa mereka ke kedai permainan terwebut dan dapatkan harga tersebut. Ajarkan kepada anak-anak untuk menabung demi mendapatkan apa yang mereka ingin beli. Biarkan mereka berangan tentang permainan tersebut untuk meningkatkan lagi semangat mereka untuk menabung.
-
Sediakan Timeline Untuk Anak-Anak
Setelah mendapat tahu harga barang yang ingin dibeli, anda haruskan membantu mereka membuat kiraan berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat simpanan. Ini akan memudahkan mereka untuk setkan minda mereka untuk menabung dengan berdisiplin dan berhemah.
-
Didik Mereka Untuk Berbelanja Mengikut Kemampuan
Ajarkan mereka supaya jangan sesekali berbelanja seperti orang kaya walaupun anda bekerja dan berpendapatan tinggi. Didik mereka supaya sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Selalu nasihatkan mereka supaya berbelanja hanya menggunakan wang saku mereka sahaja dan jangan sesekali meminjam dari kawan-kawan.
-
Berikan Ganjaran
Sekiranya mereka kurang berbelanja atau tidak membelanjakan wang saku, anda bolehlah memberi galakan yang lebih dengan memberikan ganjaran kepda mereka. Ganjaran ini bergantung kepada anda untuk memberikan hadiah yang bagaimana. Mungkin anda boleh masak makanan kegemaran mereka, belikan mereka sebuah buku, bersiar-siar ataupun belanja mereka makan aiskrim.
-
Main Game Bersama
Permainan seperti monopoli dapat mengajar mereka tentang konsep kewangan serta cara menguruskan wang dengan berhemah. Selain itu dari board game, terdapat juga permainan online yang mengajar anak tentang kemahiran ini seperti Rich Kid Smart Kid. Namun bimbingan dari anda juga sangat diperlukan untuk lebih memudahkan mereka untuk memahaminya.
-
Konsep Sumbangan Padanan
Konsep saving match atau sumbangan padanan juga boleh dipraktikkan untuk menggalakkan lagi anak-anak untuk menyimpan. Konsep ini merupakan satu konsep yang sangat berkesan kerana anda perlu menggandakan tabungan akhir mereka.
Semuanya bermula dari anda. Ibu bapa perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan kerana ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dan sentiasa bersama anak-anak. Elakkan dari berbelanja secara boros dan untuk perkara yang sia-sia. Janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus pulak ya. Selamat menabung!