Dihukum Bunuh Kerana Memiliki Buku
Timeline aku hangat pasal pengharaman buku. Kemudian, aku teringat filem ‘The Book Thief”. Peristiwa pengharaman buku yang bertentangan dengan ideologi Nazism turut dipaparkan dalam filem tersebut.
Tapi aku nak kongsikan sebuah sejarah pengharaman, lebih tepat pembakaran buku, pada lebih kurang 2000 tahun dahulu di China.
Selepas Qin Shi Huang menyatukan China pada tahun 221SM, penasihatnya, Li Si mencadangkan membendung sebarang bentuk perkembangan intelektual untuk menyatukan pemikiran dan politik.
Menurut Li Si, terdapat tiga jenis buku yang sangat berbahaya pada masa itu. Lebih tepat berbahaya dari sudut politik, iaitu puisi, sejarah dan falsafah.
Buku-buku puisi dan sejarah mengandungi kisah-kisah pemimpin lama yang telus dan adil. Li Si percaya, kalau masyarakat membaca buku-buku ini, mereka akan cuba membandingkan bentuk pemerintahan zaman dahulu dan zaman mereka duduki sekarang. Kemudian, mereka takkan berpuas hati dengan pemerintah kini.
Li Si juga mencadangkan buku-buku sejarah yang bukan hasil daripada tafsiran empayar, akan dibakar.
Sebab pengharaman pelbagai buku falsafah pula kerana falsafah-falsafah yang dibawa sering bercanggah dengan idea yang dibawa oleh empayar iaitu totalitarian.
Li Si mengeluarkan cadangan kepada maharaja supaya:
- Sesiapa yang memiliki buku-buku sejarah, puisi dan falsafah, diarahkan memberikan buku-buku tersebut kepada empayar untuk tujuan pembakaran.
- Sesiapa yang berani menimbulkan perbincangan atau wacana berkenaan subjek-subjek tersebut, akan dihukum bunuh.
- Sesiapa yang menggunakan sejarah untuk mengkritik kerajaan sekarang, keluarganya akan dihukum bunuh.
- Mana-mana pegawai kerajaan yang melihat perintah-perintah ini dicabul, tapi gagal untuk menghalangnya, akan dihukum bersalah.
- Sesiapa yang gagal membakar buku-buku yang dimaksudkan dalam tempoh 30 hari akan dihantar untuk terlibat dalam pembinaan Great Wall.
Buku-buku yang dikecualikan adalah buku-buku perubatan, agama, pertanian dan perhutanan, Sesiapa yang berminat dengan undang-undang, belajar daripada kerajaan sendiri.
Menurut Memorial Li Si, terdapat juga buku-buku puisi, falsafah dan sejarah yang tidak seragam dengan agenda empayar turut dipelihara juga. Tapi cuma dia bawah kelolaan empayar dan tidak didedahkan oleh masyarakat.
Peristiwa ini telah menyebabkan China kehilangan ilmu-ilmu falsafah dari ‘Hundred Schools of Thought’. Selain daripada membakar buku, empayar juga telah tanam hidup-hidup ilmuan dan sarjana. Empayar Qin tidak bertahan lama. Lebih kurang 15 tahun saja.
Antara buku yang sedang menjadi isu hangat sekarang adalah:
* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush’ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera
* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera
* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera
* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika
* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq
* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication
* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq
* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera
* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh
* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh
* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat