Jack Ma Sumbangkan 20 Juta Dollar Kepada Universiti New Castle Sempena Membalas Budi “Ayah”nya
China sangat terkenal dengan pengaruhnya terhadap ekonomi dunia dan juga dalam perniagaan. Semenjak tahun 1980 dan tahun berikutnya China berusaha keras melakukan beberapa corak pembaharuan untuk mengukuhkan lagi ekonominya sehinggalah terkenal di mata dunia.
Didalam era pembaharuan ini lahirnya seorang usahawan bernama Jack Ma yang merupakan pengasas kepada syarikat Ali Baba. Kisah Jack Ma dalam dunia perniagaan tercetus apabila beliau mula bertemu dengan David Morley. David merupakan anak kepada seorang jurutera Australia yang telah bersara iaitu Ken. David mempunyai 2 adik beradik lain bernama Steven dan Susan dan ibu bernama Judi.
Ketibaan David ke negara China adalah kerana ayahnya merupakan wakil kedutaan Australia yang telah dilantik untuk melakukan tinjaun ke atas beberapa tempat di negara China. Pada waktu itu China baru sahaja mengamal keterbukaan kepada negara luar. Pada suatu hari, keluarga David melakukan survey di taman Xi Hu, Hangzhou(kampung halaman Jack Ma). Disitulah titik pertemuan David Morley dan Jack Ma berlaku dan disitu jugalah David mula mendapat kawan pertamanya di negara China.
Pada awalnya Jack Ma mendekati David kerana ingin memantapkan lagi bahasa Inggerisnya yang belum fasih. Oleh kerana negara China pada masa itu mengalu-alukan pendatang dari luar negara, ramai rakyatnya yang cuba berbahasa Inggeris termasuklah Jack Ma. Semangat Jack Ma untuk berbahasa Inggeris membuatkan hubungan mereka menjadi lebih akrab. Jack Ma semakin berani untuk menegur David kerana bahasa Inggerisnya yang semakin lancar. Hampir setiap hari mereka bertemu di taman Xi Hu.
Tidak lama selepas itu, David dan keluargnya terpaksa pulang ke Australia. Dek kerana hubungan yang erat jarak bukanlah titik pengakhiran buat persahabatan mereka. Jack Ma dan David Morley saling berutus surat dan bertanya khabar. Utuhnya persahabatan antara Jack dan David sehinggalah Jack tidak lagi dianggap sebagai orang asing untuk keluarga David. Jack Ma malah memanggil Ken sebagai “ayah” dan setiap kali beliau mengutuskan surat Ken akan membetulkan tatabahasa Inggeris Jack supaya Jack fasih berbahasa Inggeris.
Masa terus berjalan dan tanpa disedari 5 tahun telah pun berlalu. Tahun 1985, berumur 21 tahun Jack Ma berjaya menuju puncak gading dengan melanjutkan pelajaran ke Universiti Hangzhou dan menjadi ketua mahasiswa. Pada tahun yang sama Jack menerima undangan daripada Ken untuk ke Australia. Walaupun Jack tidak pernah ke luar negara, dia tetap bertekad untuk membuat passport dan visa.
Dengan sokongan dan dorongan daripada Ken, Jack berjaya mendapatkan passport pertamanya. Namun malang menimpa Jack apabila Visanya tidak dapat dikeluarkan. Kecewa menyelubungi Jack tetapi semangatnya untuk ke Australia tidak luntur walaupun Visa untuk Australia susah didapatkan pada waktu itu. Bertatahkan semangat yang tidak mengenal erti putus asa, 7 kali penolakan Visa bukan satu alasan untuk tidak bertemu keluarga Ken.
Demi memperjuangkan visanya, Jack Ma terpaksa tinggal di basement dan menghabiskan hampir keseluruhan wangnya. Mendengar masalah yang dihadapi Jack, Ken merasa agak risau. Demi menolong Jack mendapatkan visanya, Ken telah meminta pertolongan dari kawannya yang juga merupakan kedutaan Australia di China untuk melaporkan masalah yang menimpa Jack.
Dengan perasaan yang kecewa, Jack Ma pergi ke kedutaan Australia sekali lagi dan terus bertemu dengan pihak berwajib yang menguruskan visanya. “Dah seminggu aku tinggal dekat sini dan ini mungkin peluang terakhir aku untuk ke Australia! Aku harap sangat kita dapat membincangkan tentang hal ini!”. Pihak kedutaan terkejut dengan suara keras yang dilontarkan Jack Ma.
Pihak kedutaan tertanya-tanya apa yang membuatkan seorang pemuda ini begitu bersungguh-sungguh. “Sudah 7 kali visa aku kena tolak ! seminggu aku habiskan masa dekat sini sebab hal ni, wang pun dah habis. Aku tak kisah kalau kau nak suruh aku balik tapi bagila aku sebab kenapa visa aku kena tolak sampai 7 kali!”, sekali lagi Jack Ma merungut.
Sepanjang tempoh perbincangannya dengan pihak kedutaan, Jack menceritakan bagaimana dia mengenali keluarga Ken dan menjadi rapat dengan mereka. Setelah mendengar rungutan dan penjelasan dari Jack, pihak kedutaan tersebut meminta Jack untuk menunggu selama 3 hari lagi sebelum keputusan dikeluarkan.
Mendengar permintaan dari pihak kedutaan tersebut lalu Jack membalas, “Aku tiada masa untuk menetap di sini lagi selama 3 hari, aku boleh bagi masa 30 minit sahaja”.
Melihat Jack Ma yang tidak mahu beralah dengannya, lalu pihak kedutaan tersebut menjawab, “Bersungguh-sungguh kamu nakkan visa ini ya?, berikan aku masa 5 minit!”
Setelah selesai perbincangannya di kedutaan Australia, Jack Ma akhirnya diluluskan untuk ke Australia dan disana beliau menimba ilmu serta pengalaman yang tidak mungkin diperolehi semasa berada China. Dalam tempoh 29 hari beliau tinggal di Australia beliau pulang dengan idealogi bahawa dalam tempoh 10 tahun China perlu berubah menjadi seperti Australia dan memiliki daya pemikiran seperti rakyat Australia.
Sepanjang di sana Jack melihat banyak orang mengamal “Tai-Chi”, salah satu sukan kecergasan yang digemarinya. Jack juga mengambil kesempatan ini untuk mengajar orang Australia tai chi di sebuah perumahan di New Castle.
Australia banyak mengajar Jack Ma menjadi seorang yang lebih berwawasan dan realistik. Hubungan dengan keluarga Ken menjadi lebih rapat. Setelah itu, Ken pula yang pergi megunjungi Jack di China. Dek kerana Jack Ma tidak memiliki kediaman yang luas untuk keluarga Ken menetap disana, dia hanya boleh usahakan asrama sekolah untuk keluarga Ken.
Kunjungan keluarga Ken pada kali ini banyak mengingatkan Steven kepada zaman kanak-kanaknya. Steven masih ingat bagaimana dia bersusah payah menaiki basikal untuk ke sekolahnya. Keluarga Ken dilayan dengan penuh kasih semasa mereka di sana. Ken yakin, Jack Ma tidak dilahirkan sebagai pemuda kampung yang biasa dan dia akan mengegarkan dunia.Melihat masalah kewangan yang dialami oleh Jack Ma, Ken membuat keputusan untuk membiayai segala pendidikan Jack Ma. Selama 2 tahun, Ken bersusah payah menolong Jack Ma menghabiskan pengajiannya dan memakan belanja lebih kurang RM700. Jack Ma sangat terharu dengan segala pengorbanan Ken.
Tahun demi tahun berlalu, umur Ken semakin meningkat. Pada tahun 2004 Ken pergi meninggalkan Jack Ma dan keluarganya buat selama-lamanya. Pemergian Ken membuatkan Jack sangat sedih kerana “ayah”nya yang selama ini banyak menolong dia disaat susah telah tiada lagi.
3 Februari 2017, Jack Ma menyumbangkan duit sejumlah 20 juta dollar untuk University New Castle Australia. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membalas budi “ayah”nya. Jack berharap sumbangan ini dapat membantu pelajar lain yang mengalami masalah kewangan seperti yang yang dialami beliau semasa dulu dan sebagai motivasi kepada pelajar untuk berjaya.
Di dalam majlis untuk memberi sumbangan kepada universiti Newcastle, David juga turut hadir untuk mewakili keluarganya. Ken pasti berbangga dengan pencapaian Jack Ma kerana usahanya untuk melihat Jack Ma berjaya telah pun berhasil.
Kalau Ken dapat bersama di majlis itu, David percaya ayahnya akan berdiri, bertepuk tangan dan menangis kerana hari ini anaknya itu berdiri di hadapan ribuan orang dan menjadi ikon yang dikenali seluruh dunia.