Ini Perbezaan Antara SST Dan GST Yang Anda Perlu Tahu

Sumber Rujukan : Astro Awani

Majoriti masyarakat Malaysia tidak memahami perbezaan antara SST dan GST.

Sales and Service Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

Manakala Goods and Services Tax (GST) pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian.

Adakah anda masih tertanya-tanya apakah perbezaan di antara SST dan GST? Berikut adalah perbezaan antara SST dan GST:

Bagi Cukai SST atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang telah dikuatkuasakan bermula 1 September 2018. Cukai Jualan adalah merupakan cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang, lazimnya di peringkat output. Cukai Perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna.

Berbeza pula dengan Cukai GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang telah dimansuhkan mulai 1 Jun 2018. GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah di setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan bermula daripada pengeluar sehingga pengguna.

Secara asasnya, cukai GST merupakan sistem percukaian yang lebih telus, cekap, efisyen, efektif dan mesra perniagaan. Dengan GST, pengguna tahu berkenaan cukai sebenar yang dikenakan dan hanya satu kadar yang dikenakan iaitu sebanyak 6%.

Manakala, cukai jualan mempunyai cukai berbeza iaitu sebanyak 5%, 10%, dan pada kadar spesifik. Pihak pengilang dan pengedar tidak memaparkan kadar cukai SST yang dikenakan dan nilai cukai perkhidmatan pula dikenakan sebanyak 6%.

Disebabkan itu, pengguna tidak dapat mengetahui nilai cukai yang dipindahkan dalam bentuk harga.

Selain itu, cukai SST sebenarnya telah dilaksanakan sejak tahun 1970-an dengan beberapa penambahbaikkan. Cukai jualan hanya dikenakan di peringkat pengilang atau pengguna. Cukai perkhidmatan dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai.

SST membolehkan segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit agar tidak mengistiharkan cukai jualan mereka, sepatutnya melalui pindahan harga sahaja. Cukai SST yang dikenakan juga meliputi cukai jualan sebanyak 5 peratus (5%) dan kadar spesifik, serta cukai perkhidmatan pula sebanyak 6 peratus (6%).

Di samping itu, cukai GST pula mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014. Cukai GST ini telah dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan iaitu pada pihak pengilang, pemborong, peruncitan dan pengguna. Tetapi cukai input yang dibayar boleh dituntut semula oleh perniagaan.

Melalui GST juga, ia mampu mengatasi ketirisan, penyelewengan, dan penipuan dalam pembayaran cukai.

Sistem cukai baru GST adalah hanya dikenakan pada kadar 6 peratus (6%) dan ia bukan cukai tambahan yang akan dikenakan kepada cukai sedia ada. Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan sistem cukai GST.

Seterusnya, berkaitan isu percukaian GST ini, terdapat beberapa soalan popular yang muncul di minda rakyat Malaysia. Antara soalan yang sering bermain di minda orang ramai adalah:

  1. Mengapakah GST perlu dilaksanakan
  2. Adakah semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST?
  3. Perniagaan apakah yang perlu mendaftar untuk GST?

Jawapan untuk semua soalan yang berkenaan telah dinyatakan di bawah, iaitu:

Kesimpulannya, tidak kira sama ada cukai SST mahupun cukai GST, kedua-dua cukai yang dikenakan ini mempunyai banyak kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia, hanya perlu berfikir secara rasional serta menyesuaikan diri dengan segala apa yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan untuk meminimumkan kadar pembangunan negara pada masa hadapan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Tonton video dibawah untuk memahami perbezaan antara SST dan GST:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat