Elakkan 8 Tabiat Ini Jika Sayangkan Buah Pinggang Anda


Kerosakan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan-bahan buangan secara normal. Oleh itu, kerosakan atau kegagalan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya kerana boleh membunuh secara senyap (silent killer). Antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang adalah seperti berikut;

1) Menahan kencing

Tidak dinafikan, kebanyakkan masyarakat kerap menahan diri mereka untuk membuang air kecil. Tabiat kerap menahan kencing ini amat bahaya. Semakin lama kita biarkan air kencing berkumpul, semakin banyak pula bakteria membiak. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan salur kencing atau UTI (urinary tract infection). Menahan kencing boleh memberi tekanan kepada buah pinggang kita. Malah boleh juga mengakibatkan penyakit lain seperti penyakit batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing, dinasihat agar terus buang. Jangan tunggu-tunggu lagi.

2) Tak cukup minum air

Tabiat malas nak minum banyak air juga boleh membahayakan kesihatan buah pinggang kita. Bila kekurangan air, darah akan jadi sangat pekat dan kurang alirannya ke buah pinggang. Ini menyukarkan buah pinggang untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh kita.

Di samping itu, lebih banyak toksin berkumpul, makin banyak penyakit yang muncul. Minumlah 8-12 gelas air kosong dalam sehari. Berlebihan air pun tak boleh juga kerana akan membebankan buah pinggang. Jadi, biarlah berpada-pada, minum secukupnya.

3) Makan makanan tinggi garam

Terlalu banyak garam boleh merosakkan pinggang secara serius. 95% garam yang kita makan akan di proses pada buah pinggang. Jika banyak makan garam, buah pinggang akan bekerja keras untuk membuang lebihan garam tersebut. Bukan itu saja, buah pinggang akan rosak, menyebabkan retensi air dan kenaikan tekanan darah.

4) Minum terlalu banyak kafein

Tidak dinafikan, kafein memang sedap. Ada yang jadi lemau tanpa kafein setiap hari. Minum kafein atau kopi tak salah, tapi tak boleh di ambil secara berlebihan. Kafein akan menyebabkan tekanan darah meningkat, boleh menyebabkan batu karang, dan menghalang penyerapan kalsium lalu menyebabkan kalsium mendap dalam buah pinggang.

5) Kurang tidur

Masa kita tidurlah tisu organ akan diperbaharui, termasuk sel buah pinggang. Jika kita kurang tidur, tidur lambat, proses ini akan terganggu, toksin tak disingkirkan, kerosakan organ juga akan berlaku. Cukupkan tidur, dan kalau boleh tidur awal supaya sel, tisu dan organ boleh bekerja dengan cekap.

6) Penggunaan ubat yang berterusan

Pantang demam sikit, selsema sikit, batuk-batuk sikit, atau sakit sikit, terus kita beli ubat di farmasi. Bukn tak boleh. Tapi penggunaan ubat yang kerap dan berterusan seperti ubat tahan sakit (pain killer) akan mengurangkan aliran darah ke buah pinggang dan menjejaskan fungsinya. Jika boleh, elakkan pergantungan kepada ubat-ubatan dan kalau perlu sangat pun, minimakan penggunaannya. Lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

7) Diet tinggi protein

Makanan tinggi protein seperti daripada sumber haiwan dan daging jika di ambil terlalu kerap boleh meningkatkan risiko rosak buah pinggang. Buah pinggang terpaksa bekerja lebih untuk singkirkan bahan buangan daripada pemprosesan protein tersebut. Pun begitu, protein wajib juga di masukkan dalam hidangan seharian kerana banyak lagi fungsi yang lain. Makanlah secara sederhana, dan dapatkan sumber protein yang mudah di hadam seperti protein soya.

8) Makanan segera

Makanan segera memang mudah dan sedap, tapi sebenarnya turut merosakkan buah pinggang. Makanan segera biasanya mengandungi garam berlebihan serta perasa tiruan. Makanan ini akan memekatkan darah menyebabkan buah pinggang susah nak proses. Banyakkan masak sendiri di rumah daripada makan makanan segera sama ada di restoran makanan segera atau yang telah disejukbekukan.

Semoga bermanfaat. Sayangilah buah pinggang, cuba kurangkan atau elak makan makanan tersebut dengan kerap. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Video:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat