Earphone Mampu Merosakkan Deria Pendengaran


Tahukah anda bahawa earphone mampu merosakkan deria pendengaran. Ramai antara kita yang suka menggunakan earphone untuk mendengar lagu atau menonton video di handphone, tablet atau laptop. Statistik menunjukkan ramai terutamanya remaja dan belia suka menggunakan earphone kerana kualiti bunyi yang dihasilkan adalah lebih baik dan jelas . Akan tetapi penggunaan earphone secara kerap dengan volume yang kuat boleh menyebabkan kerosakan deria pendengaran. Antara kesan menggunakan earphone secara berlebihan ialah :

1. Komplikasi dan kehilangan pendengaran

Sekiranya bunyi yang didengar terlalu kuat ia mungkin akan mengakibatkan telinga menjadi pekak. Hal ini terjadi disebabkan telinga tidak lagi kuat untuk menaggung beban bunyi kuat dari earphone yang berhubung dengan telinga. Biasanya, hal ini terjadi pada mereka yanh masih muda seperti remaja dan belia.

merosakkan deria pendengaran

Sumber : Hellodoctor

2. Jangkitan telinga

Satu risiko yang berkaitan dengan penggunaan earphone ialah jangkitan telinga. Jangkitan telinga mungkin berlaku di kalangan mereka yang gemar berkongsi earphone dengan orang lain. Hal ini terjadi kerana earphone bertindak sebagai medium untuk penyebaran bakteria.

earphone - jangkitan telinga

Sumber : Positive Parenting

3. Kerosakan otak

Gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oleh earphone mampu mempengaruhi elektrik otak. Penggunaa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf otak. Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui berapa besar kesan gelombang elektromagnet pada otak manusia. Tetapi apa yang pasti anda perlu sentiasa berjaga-jaga.

kerosakan otak

Sumber : liputan6

4. Hilang kekenyalan

Penggunaan fon telinga yang berlebihan akan menyebabkan tahap kekenyalan gegendang akan berkuranga. Ini akan meyebabkan nada berasa jengkel dengan segala bunyi yang ada di sekitar anda.

hilang kekenyalan

Sumber : Wiser

 

Earphone

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat