Delete Mesej WhatsApp Yang Tersalah Hantar – Daily Rakyat

Delete Mesej WhatsApp Yang Tersalah Hantar

Sumber Rujukan : Harith Faisal

New Feature: Tersilap Hantar Mesej Kat Whatsapp? Kau Dah Boleh Delete Dah Sekarang Ni.

Memang dah lama saya tunggu saat ni tiba. Khas untuk pengguna Apple dan Android. Kita sekarang dah boleh delete mesej kat Whatsapp yang kita tersalah hantar.

Maklumlah, jari semua dah gemuk. Asyik typo sesaja. Atau mungkin juga ada situasi kita tersilap hantar mesej kat kawan atau pasangan. Patut nak hantar kat orang lain.

Kalau kesilapan tu pulak sangat memalukan, aduh! Memang akan berlakulah awkward moment lepas tu bila kita jumpa dia face to face. Kalau dia sporting takpa juga.

Okay, tak nak sembang banyak-banyak. Jom kita tengok, macam mana cara nak delete mesej Whatsapp ni.

  1. Buka aplikasi Whatsapp dan pergi kat chat yang ada mesej yang kau nak delete tu.
  2. Tap dan hold mesej tu. Kalau kau nak delete banyak-banyak mesej sekaligus, tap-lah semuanya.
  3. Tap ikon “Delete” yang ada kat atas skrin fon kau dan pilih “Delete for everyone”.
  4. Nak pastikan kau boleh delete mesej tu kau kena update aplikasi Whatsapp tu kepada versi yang terkini.
  5. Lagi satu, penerima mesej pun kena ada aplikasi WhatsApp yang terkini juga.
  6. Mesej yang kita berjaya delete akan diganti dengan “This message was deleted”.
  7. Pastikan kau delete mesej tu dalam masa 7 minit tau. Kalau tak, memang tak boleh delete dah.
  8. Iya, memanglah ada kemungkinan kawan atau pasangan kita tu boleh terbaca mesej tu sebelum kita delete.
  9. Dan, ada kemungkinan juga dorang dah screenshot siap-siap. Nasib kaulah. Haha!

Tapi, feature terbaru ni memang sangat membantu. Mungkin boleh selamatkan hubungan suami isteri dan elakkan sengketa dalam persahabatan.

SHARE jika bermanfaat. Bila semua orang dah update feature terbaru ni, barulah feature ni berfungsi untuk semua orang. Yeah! No more typo and awkward moment. Haha! – HF

#harithfaisal

Ada kawan kau yang rajin typo dan jari gemuk?

Sebarkan Artikel Ini
  • 12
  •  
  •  
  •  
  •  
    12
    Shares
  • 12
    Shares

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat