Datuk Seri Idris Jala : Kerajaan Tidak Boleh Meminjam Melebihi Had 55 Peratus Daripada Saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Sumber Rujukan : Shahrizan Salain

Saiz ekonomi Malaysia yang meningkat setiap tahun membolehkan kerajaan untuk membuat pinjaman tambahan bagi merancakkan lagi pertumbuhannya. Ketua Pengawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jal, berkata bagi mengekalkan disiplin kewangan berhemah, Malaysia adalah satu-satunya negara di duniayang mempunyai undang-undang diluluskan di Parlimen supaya kerajaannya tidak boleh meminjam melebihi had 55 peratus daripada saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Beliau berkata, tahun lalu paras hutang Malaysia berbanding saiz KDNK adalah 52.7 peratus, lebiah baik berbanding  dua tahun lalu, iaitu 54.5 peratus, berikutan disiplin fiskal kendiri yang dilaksanakan oleh kerajaan di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang lebih mencabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat