Dato’ Seri Vida Nak Berduet Dengan PSY??

Sumber Rujukan : World Of Buzz

Mesti semua orang sudah sinonim dengan hashtag #wanmotaim #meow oleh Pengasas Qu Puteh, Dato’ Seri Vida. Lagu viralnya “I Am Me” telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan banya parodi telah dikeluarkan.

Walaupun rakyat Malaysia mempuyai pendapat yang berbeza tentang lagu ini, video Dato’ Seri Vida, I Am Me ini telah mencecah tiga juta penonton dan 39,000 likes, di YouTube! Terbaiklah Dato’!

Kalau anda fikir Dato’ Seri akan berhenti di situ sahaja, maka anda salah.

Di dalam sebuah temuramah oleh Berita Harian, pengasas Vida Beauty itu telah berkata mahu berduet dengan seorang bintang K-Pop yang terkenal dengan lagu “Gangnam Style” iaitu PSY!

Pengasas yang berjaya itu telah merasa sangat gembira apabila lagunya telah menjadi tumpuan bukan sahaja Malaysia, malah dari luar negara.

“Saya tak sangka lagu saya boleh viral dalam masa yang sangat singkat. Macam yang saya harapkan, lagu saya bukan sahaja mendapat fenomena yang biasa di Malaysia, tetapi di luar negara juga!”

Dato’ Seri Vida telah menyatakan dia akan mengambil sedikit masa untuk projek lagunya yang akan datang. Dia juga berkata yang dia bukan sahaja suka bernyanyi, malah dia mahukan rancangannya sendiri seperti Oprah Winfrey.

“Saya juga mahu menjadi seperti Oprah WInfrey, yang mempunyai rancangannya sendiri dan seluruh dunia melihatnya.”

Wah! Kami berharap Dato’ akan berjaya nanti! Memang betul “I’m a diva”!

Jom layan lagu “I Am Me”!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat