Malindo Air Menjadi Yang Pertama Memiliki Boeing 737 MAX

Sumber Rujukan : Berita Harian 23 Mac 2017

Malindo Air mempamerkan pesawat Boeing 737 MAX yang bakal digunakan oleh syarikat mereka di Langkawi sempena Pameran LIMA17. Sejurus itu Malindo Air menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan pesawat Boeing 737 MAX, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.
Chandran berkata, secara keseluruhan pihaknya membeli lapan pesawat Boeing 737 MAX tahun ini, manakala 10 pesawat itu lagi akan dimiliki pihaknya pada 2018.
“Daripada lapan pesawat itu, empat akan digunakan Malindo Air, manakala empat lagi digunakan syarikat induk kami iaitu Lion Air.
“Pesawat dijangka akan mula digunakan pada suku kedua tahun ini dengan menjadikan laluan Kuala Lumpur-Singgapura sebagai laluan pertama menggunakannya.
“Selepas itu Malindo Air akan menggunakan pesawat ini untuk laluan ke Guangzhou, China.

Pertingkat Jumlah Pelangan

“Pihak kami menyasarkan dengan tambahan pesawat baharu ini, dapat meningkatkan jumlah pelanggan hingga 10 juta,” katanya ketika majlis memperkenalkan pesawat Boeing 737 MAX pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi pada 22 Mac 2017 lalu.
Yang turut hadir, Najib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik dan India Boeing, Dr Dinesh A Keskar dan Pengasas Lion Group, Rusdi Kirana.
Chandran berkata, pesawat itu mampu untuk terbang sehingga 7 jam 30 minit, sekali gus meningkatkan lagi sasaran pelanggannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat