Anda merasa Kecewa? Tidak tenang? Hati anda sangat lemah? Pelbagai cara untuk menenangkan hati yang sedang kecew mengikut pendekatan Islam
Anda merasa Kecewa? Tidak tenang? Hati anda sangat lemah? Kita kena tahu yang tiada sesiapa pun didalam dunia ini mahukan perasaan KECEWA ini. Kecewa ini lah yang membuatkan kita lemah dan tidak tenang sehinggakan ada yang sehingga menitiskan airmata.
Setiap orang pastinya mempunyai masalah yang berlainan yang membuat mereka kecewa. Berbagai cara kita lakukan untuk “menutup” kecewa yang kita alami supaya. Hal ini kerana kita ingin dilihat sentiasa bersemangat. Tetapi sampai bilakah kita ingin hidup dalam kepuraan?
Tetapi hari ini admin inginkongsikan dengan anda tips untuk menenangkan hati yang sedang kecewa. Saya cukup memahami perasaan anda semua kerana saya juga pernah mengalami situasi ini seperti anda semua.
Tips atau Cara untuk Menenagkan Hati yang Sedang Kecewa Mengikut Cara Islam
1. MEMBACA SURAH YASSIN
Mungkin sekarang kita sudah kurang membaca al-Quran ataupun kita jarang membka kitab suci al-Quran. Sebagaimana yang kita tahu surah Yassin mempunyai aura yang mampu untuk menenangkan kita. Marilah kita sama-sama menghidukan kembali amalan ini dalam kehidupan seharian kita.
2. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat. Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan setiap masalah kita kepada Allah denagn berdoa kepadaNya. Mintalah ketenangan hati.
**Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
3. BANYAKKAN ISTIGFAR DAN BERZIKIR
Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati. Sentiasalah berzikir kepada Allah supaya hati kita sentiasa mengingatiNya. Allah yang memberikan kita ketenangan bukannya sesama makhluk.
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
4. ELAKKAN MENDENGAR LAGU BERTEMA KEKECEWAAN
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa. Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh 🙂
5. SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Kesimpulannya, tiada seorang pun insan didunia ini mahukan perasaan kecewa. Namun cara menanganinya yang membezakan kita. Ada yang terpaksa berlakon kuat sedangkan hati sedang penuh dengan perasaan kecewa. Ingat lah, Allah sentiasa bersama kita. Selagi mana kita mengingatiNya, insyaAllah kita akan diberikan ketenangan. Sesungguhnya diri ini, hati ini hanyalah milik Allah dan Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha penyayang.