Cara Halau Semut Menggunakan Bahan Mudah


Semut merupakan salah satu haiwan ciptaan tuhan. Namun, jika ia berada terlalu banyak di kediaman kita terutama di makanan serta tempat tidur sehingga mengganggu aktiviti kita haruslah menghalaunya. Terdapat beberapa petua atau cara halau semut menggunakan bahan mudah.

Cara Halau Semut Menggunakan Bahan Mudah

1. Timun

Kebiasaanya timun sering digunakan untuk kecantikan serta kesihatan. Namun anda percaya atau tidak, timun merupakan salah satu sayuran yang boleh menghalau semut. Pelbagai kaedah boleh guna seperti menghiris halus atau mengisar timun itu dan letakkan di sekitar sarang semut. Bau timun itu akan membuatkan semut meninggalkan sarangnya kerana semut tidak suka akan bau timun.

2. Garam & Lada

Menabur garam atau lada di tempat dimana semut itu berada. Selain itu, kaedah seperti mencampurkan garam dan lada ke dalam air juga membantu. Kemudian sembur air larutan garam dan lada itu ke sarangnnya dan bau larutan itu menyebabkan semut tidak akan kembali ke sarangnya.

3. Sabun & Air

Sembur kawasan sarang semut dengan campuran sabun di dalam air. Kaedah ini pasti semut akan meninggalkan kawasan tersebut kerana tidak tahan dengan bahan kimia sabun.

4. Serbuk kopi

Taburkan serbuk kopi di tempat di mana semut berkumpul atau bersarang. Bau aroma ini akan menghalau semut serta merta. Malah serbuk kopi juga sesuai digunakan untuk tanaman yang sering diserang semut.

5. Bedak/Tepung

Taburkan bedak atau tepung di kawasan dimana semut berkumpul. Bau bedak atau tepung merupakan salah satu bahan yang tidak disukai semut. Kaedah ini juga membantu memudahkan kita dalam proses pembersihan.

6. Minyak Wangi

Cara mudah tapi jarang digunakan kerana sayang akan minyak wangi. Malah cara ini amat berkesan kerana semut tidak tahan dengan bau yang kuat dan tahan lama. Namun anda perlulah berhati hati, jangan sambur tersembur ke dalam makanan yang kita makan kerana mungkin dapat mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

7. Air Limau Nipis

Semut sangat suka akan benda yang manis. Justeru itu, rasa masam pada air perahan limau ini mampu menghalau semut dan pada masa yang sama juga kita boleh membuatkan rumah kita berbau segar dan wangi.

8. Daun Sirih

Daun sireh ini mempunyai banyak manfaat salah satunya sering dipakai oleh wanita untuk penjagaan organ dalaman. Selain itu daun sireh juga mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh semut. Anda perlu meramas daun sireh bagi tujuan mengeluarkan baunya dan letakkan pada sarang atau tempat semut selalu berkumpul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat