Bukan Susah Nak Jadi CleverGirl

Sumber Rujukan : Azizul Azli Ahmad

Sara Amelia Muhammad Bernard,Wakil negeri Perak, diumumkan sebagai juara program realiti, Clever Girl Malaysia musim kedua, malam tadi (13/Okt/17).

Beliau berusia 25 tahun itu merupakan graduan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik  menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, dan melayakkanya membawa pulang wang tunai RM100,000.

Ada saudara kita bernama Azizul Azli Ahmad di Facebook berkongsi tips bagaimana untuk menjadi CleverGirl di dunia masa kini. Berikut adalah teks yang dikarang beliau.

CLEVER GEGURL’

Menjadi gagis-gadis pintar ini tidaklah begitu sukar.

1. Beli kediaman seawal usia kerja, walaupun belum jumpa bakal imam berwajah korea.

2. Tidak berebut membeli tudung kepala, sampai masuk berita Oh Media dan Beutiful Nara.

3. Ada potongan tetap ke Tabung Haji atau ASB setidaknya 10% gaji, lebih banyak lebih clever jadi.

4. Awal-awal sudah mendaftar haji waktu pertama kali terima gaji.

5. Tidak membenarkan teman lelaki pinjam duit untuk tukar kereta terkini.

6. Tidak makan pujukkan Mak Andan, Calon Suami, Mak Sendiri, Ayah Tiri untuk buat Pinjaman jadi Raja Sehari.

7. Tidak pernah beli dan baca Novel Suamiku Sotong dan Playboy Itu Jadi Lontong.

8. Tidak layan LAZADA, Bella Amura & Zawira waktu pejabat.

9. Tidak ‘belanja’ calon suami gambar yang hijab dah melayang kekaki.

10. Terus beri sumbangan pada ibubapa walau anak dah masuk lima.

Gadis bijak itu adalah kita, bukan yang ada di TV3. Itu semua bakal jadi isteri Dato Bendahara.
Gadis-gadis suka kalau kita yang bimbing mereka, bukan mereka yang dukong kita.

Imej dari nst

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat