Internet Mahal


Kenapa Internet Mahal?

1. Setelah Internet wujud lebih 30 tahun di dunia, saya tidak lagi membezakan antara Internet dan telekomunikasi – dari segi teknologi, perkhidmatan dan kesannya kepada pengguna.

2. Secara kasarnya, ada tiga bahagian yang membentuk Internet:

a) prasarana untuk penyambungan asas – menggunakan kabel, gelombang radio (wayarles), cahaya (gentian optik), menara telekomunikasi dan sebagainya

b) prasarana untuk penghantaran data dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kelajuan yang berbeza.

c) prasarana aplikasi yang membolehkan kita menggunakan Internet – termasuklah telefon, TV, facebook, tweeter, e-mel dan sebagainya.

3. Analogi mudahnya ialah seperti jalan raya yang diguna oleh lori untuk menghantar barang dari satu tempat ke tempat yang lain.

a) Jalan raya dibina oleh pihak tertentu seperti JKR, PLUS, Kerajaan Negeri dan sebagainya – biasanya agensi kerajaan atau pihak yang mendapat konsesi.

b) Lori pula dimiliki oleh syarikat pengangkutan yang beroperasi di mana-mana sahaja mengunakan jalan raya.

c) Barang-barang yang diangkut menggunakan lori untuk memenuhi keperluan seharian pengguna.

 

download (8)

 

4. Apa agaknya yang akan berlaku jika syarikat pengangkutan juga memiliki jalan raya dan lorinya sendiri dan lori pihak lain tidak boleh menggunakan jalan raya miliknya? Kalau ada sepuluh syarikat pengangkutan, setiap satunya akan memliki lori sendiri dan rangkaian jalan raya sendiri!

5. Tentunya, bila jalan raya tidak dikongsi, kos pembinaannya ditanggung oleh satu syarikat sahaja dan untuk menampung kos ini ia terpaksa mengenakan bayaran yang tinggi kepada penyewa lori. Untuk bersaing mereka menggunakan kaedah yang berbeza untuk merekabentuk dan membina jalan raya dan lori.

6. Itu yang berlaku dengan Internet sekarang. Syarikat yang ada prasarana penyambungan asas seperti gentian optik (termasuk right-of-way, ducts, manholes) [= jalan raya] tidak membenarkan syarikat lain menyewanya secara langsung. Mereka hanya menyewa lebar-jalur (bandwidth) [= lori] sahaja. Oleh kerana tiada perkongsian, kos mereka tinggi. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

7. Bandwidth adalah setara dengan lori dalam industri pengangkutan. Syarikat kecil boleh menyewa lori sahaja untuk menghantar barang dan pada masa yang sama mereka terpaksa bersaing dengan pemilik lori yang juga menjalankan bisnes penghantaran barang. Tentulah pemilik lori lebih berkuasa kerana mereka bukan sahaja memiliki lori tetapi juga jalan raya. Harga ditentukan oleh mereka. Jadi syarikat besar akan kekal besar. Syarikat kecil terus merana.

8. Inilah yang menyebabkan harga Internet tidak dapat diturunkan. Ini adalah kepincangan dasar. Apa opsyennya?

a) Prasarana asas dimiliki oleh pihak ketiga yang tidak mengendalikan perkhidmatan Internet – boleh disewa kepada semua pengendali berlesen; atau

b) Pengendali yang memiliki prasarana asas “dipaksa” menyewakan prasarana asas (gentian optik dan sebagainya) kepada pengendali lain yang berlesen dengan harga yang sama.

9. Kedua-dua opsyen memerlukan “political will!” Ada opsyen lain?

(c)MAL@20151002

  download (5)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat