Isu Beg dUCk koyak Lepas Guna Tak Sampai Setahun, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya !


Jenama dUCk sudah tidak asing lagi di media sosial. Bukan sahaja terkenal sebagai jenama yang menawarkan produk harga kayangan, malah ia juga tidak pernah dingin dari kontroversi.

Pada awal tahun ini, isu baru pula timbul apabila beberapa warganet mula luahkan rasa kekecewaan tentang kualiti rendah beg dUCk.

Memang sukar untuk para pengguna dUCk terima hakikat ini kerana harga yang dibayar untuk memiliki beg berjenama ini bukanlah murah. Ada juga yang tidak pernah menggunakannya namun ia tetap rosak selepas dibeli beberapa tak sampai setahun.

Isu beg dUCk koyak ini jadi lebih hangat bila lebih ramai pengguna tampil dan mengadu tentang kerosakan produk dUCk lain seperti wallet dan lanyard.

beg duck koyak mula tular di tiktok

beg duck koyak

beg duck koyak

Kredit Foto : thevocket.com

Disebabkan kualiti yang dikatakan rendah, ada juga segelintir pengguna Twitter yang mengatakan beli barangan di Shopee adalah jauh lebih murah dengan kualiti yang lebih baik.

Tidak susah juga untuk mencari barangan yang berkualiti dan harga berpatutan di laman shopping online.

Kenapa Beg dUCk Koyak atau Retak Tak Sampai Setahun ?

Mengulas lebih lanjut tentang hal ini, perkongsian di Facebook Lina Nafura Ahmad mengenai kes beg dUCk koyak mendapat perhatian warganet.

Sebagai pengguna beg berjenama, beliau akui mana-mana produk yang gunakan PU leather atau fake leather akan rabak bila habis jangka hayatnya, tidak kiralah dari jenama mahal atau murah.

Melainkan produk tersebut menggunakan 100% leather asli, tak mungkin ia akan rosak walaupun digunakan selama bertahun-tahun. Paling teruk pun permukaannya akan retak, berkulat (kalau kena air) dan pudar.

Beliau yang memiliki beberapa beg berjenama seperti Chanel, Dior dan Hermes tidak pernah alami kerosakan walaupun diletakkan di dalam kotak. Semuanya berada dalam keadaan perfect dan permukaannya tidak mengelupas langsung.

lina nafura ahmad mengulas tentnag isu beg duck mendapat perhatian warganet

Kredit Foto : Lina Nafura Ahmad

Kualiti ini hanya boleh didapati oleh produk yang menggunakan 100% leather di bahagian luar dan dalam termasuklah lining dan label.

Oleh itu, jangan pula salahkan harga produk yang beribu ringgit kerana barangan yang diperbuat daripada 100% leather menjamin kualiti yang berpanjangan.

Kata Lina Nafura Ahmad yang pernah menggunakan Coach, beliau juga dapati jenama ini akan mengelupas teruk selepas beberapa tahun.

Bila dikaji semula, rupanya beg tangan Coach tidak diperbuat daripada 100% leather, tetapi dicampur dengan PU leather.

Mungkin niat untuk kurangkan kos pembuatan, Coach biasanya akan gunakan PU leather pada bahagian beg yang tersorok seperti lining dan label.

Sebab itulah, bahagian ini akan mengelupas selepas beberapa tahun walaupun dijaga dengan baik. Harga beg Coach pun bukan murah ya, sekitar RM 2,000 jika dibeli di butik.

Menerusi ruangan komen, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan handbag. Bagi mengelakkan masalah sama, ada yang setia gunakan handbag sedia ada sampai koyak sebelum membeli handbag baru.

Ada juga yang memilih untuk melabur lebih sedikit supaya beg atau wallet yang digunakan tahan lama.

Terdapat juga sesetengah pengguna Coach yang bernasib baik dan akui beg mereka masih elok setelah bertahun-tahun pakai. Barangkali disebabkan oleh kualiti produk Coach beberapa tahun lepas adalah lebih baik berbanding sekarang.

komen warganet mengenai beg duck koyak

komen warganet mengenai beg duck koyak

Apa Itu Fake Leather ?

Fake leather dikenali dengan banyak nama seperti synthethic leather dan artificial leather. Kalau nak canggih sikit, boleh panggilnya sebagai faux leather.

Kalau lihat di website dUCk, anda boleh lihat sendiri material yang digunakan sebenarnya adalah faux leather. Bukan dUCk saja, malah beratus lagi brand di luar sana yang turut menggunakan faux leather sebagai material pilihan.

beg duck koya kdisebabkan oleh penggunaan faux leather

Kredit Foto : getducked.com

Faux leather adalah alternatif yang baik bagi leather asli. Ia diperbuat daripada bahan sintetik yang diproses dengan bahan kimia bagi mendapatkan tekstur dan warna yang mirip seperti leather asli.

Antara kelebihan faux leather ialah kosnya yang lebih murah berbanding leather asli. Ia juga lebih versatil untuk diolah kepada pelbagai gaya, contohnya ia boleh digilap untuk mendapatkan kesan gloss (berkilat) atau matte mengikut citarasa.

Dari segi pembuatan produk, ia juga lebih mudah dikendalikan serta mudah dijahit berbanding leather asli.

beg duck koyak akibat penggunaan leather palsu

Kredit Foto : leathercult.com

Kesimpulannya, tidak kiralah cita rasa atau jenama yang anda beli, jangan pula terlalu sayangkan beg atau wallet yang dibeli sampai diperam bertahun-tahun di stor. Lebih-lebih lagi jika ia diperbuat daripada fake leather, ia akan rosak bila tiba waktunya sama ada anda gunakannya atau tidak.

Anda juga memegang kuasa pembeli. Jika anda pentingkan jangka hayat beg, kasut atau wallet yang dibeli, lebih baik lakukan sedikit kajian mengenai material yang digunakan dan lihat review lain dari pelanggan yang pernah gunakannya. Tapi, anda kenalah sediakan peruntukan yang lebih sikit !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat