Bas Sani Express Di Pandu Melulu
Pengangkutan awam yang sering di gunakan oleh rakyat Malaysia ialah bas. Terutamanya ketika musim perayaan, stesen-stesen bas di seluruh Malaysia akan sesak dengan pengunjung. Walaubagaimanapon, sering kali kita di khabarkan dengan berita kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas, terutamanya bas-bas ekspress yang berjalan jauh.
Melalui posting Wan Amir ini mungkin kita dapan merungkai punca-punca yang melibatkan kemalangan antara bas-bas di negara kita.
Kehadapan Sani Express,
1. Saya cuba post di wall kalian tapi tak keluar pun post nya. Barangkali kalian delete. Takpa lah, kita post kat wall sendiri.
2. Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalanraya tanpa mengira keselamatan orang lain. Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.
3. Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan, dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing.
4. Bas anda hebat, ada teknologi GPS, ada speed limiter, ada Free WiFi, pemandu pakai uniform segak ala-ala ‘pilot’. Tetapi, pemandu yang ini, pada hemat saya, layak diambil tindakan yang sewajarnya.
5. Saya memandu waktu petang untuk pulang ke rumah, bukan mahu pulang ke rahmatullah.
6. Berlaku di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran Kampung Guntong Luar. Waktu dan tarikh kejadian boleh rujuk di gambar.