Lelaki Kelantan Ini Menjadi Pilihan Hati Yatt Hamzah


Pelakon Yatt atau Haryati Hamzah, 36, akan kembali bergelar isteri pada 27 Februari ini yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Memetik laporan BH online, Yatt bakal melangsungkan pernikahan dengan juruvideo dan model , Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26,  yang berasal daripada Negeri Kelantan sekitar jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam.

Difahamkan tiada majlis persandingan, sebaliknya hanya jamuan makan pada tengah hari yang sama, bersempena sambutan ulang tahun hari lahir keenam anak tunggalnya, Suci Hanania Malika.

Beliau turut menafikan yang lelaki yang berasal daripada Kampung Padang Bongor  itu menjadi punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

1oL9sIh*Yatt dan bakal suaminya yang bakal bernikah 27 Februari 2016 nanti*

Yatt dan Abdul Mutalib, 36, bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Kata Yatt lagi, dia dan bakal suaminya itu sudah lama saling mengenali tetapi selama ini mereka sebagai sahabat dan rakan sekerja. Hubungannya dengan jejaka itu semakin rapat selepas dia berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapanya pada 15 November lalu.

“Memang saya kenali dia sewaktu masih bergelar isteri, kami kenal di misi kemanusiaan di Syria dan kami hanya mula kawan rapat selepas berpisah, dia bukan orang ketiga seperti diperkatakan”.

“Dia melamar saya pada Disember tahun lalu, dan bukan mudah untuk saya membuat keputusan. Saya hanya mendapat jawapan selepas melakukan solat istikharah” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

kad yat.jpg

Yatt memaklumkan, beliau turut mengundang bekas suami ke majlis pernikahannya nanti. Malah, katanya, Suci juga menerima bakal suaminya dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat