124 Orang Ditahan Membunuh ‘Pontianak’!

Sumber Rujukan : Sinar Harian

Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus. Itu di Alam Melayu, bagaimana pula di negara lain? Akhbar Sinar Harian telah melaporkan satu rusuhan telah berlaku di Malawi akibat daripada amalan ilmu hitam ini.

Pihak berkuasa Malawi menahan 124 individu selepas terbabit dalam kejadian merusuh dan membunuh dua lelaki yang didakwa ‘pontianak’.

Memetik laporan portal antarabangsa, kedua mangsa didakwa cuba mengambil darah manusia untuk upacara ilmu hitam.

Menurut jurucakap polis, Ramsy Mushani, seorang mangsa dibakar manakala seorang lagi direjam dengan batu hingga mati oleh orang ramai.

“Penduduk bertindak demikian kerana mengesyaki dua lelaki itu menghisap darah,” katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan sudah sembilan individu dibunuh kerana didakwa sebagai pontianak.

Difahamkan, penduduk di wilayah selatan negara itu menjadi panik dan mula memburu pontianak selepas khabar angin pontianak mengganas tersebar sejak bulan lalu.

Mereka dikatakan terlalu percaya dengan perkara tahyul dan ilmu hitam. Keadaan itu memaksa polis melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam.

Ketegangan yang berlaku menyebabkan PBB mengeluarkan kakitangannya untuk program bantuan makanan dan perladangan dari beberapa kawasan sebagai langkah keselamatan.

Menurut PBB, khabar angin mengenai pontianak itu berasal dari Mozambique sebelum merebak ke Malawi yang berjiran, terutama di daerah Mulanje dan Phalombe.

Isu pontianak itu juga mendapat perhatian Presiden Peter Mutharika yang minggu lalu, berjanji siasatan dilakukan terhadap pembunuhan dan khabar angin pontianak.

Mungkin inikah muka pontianak itu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat