Dr. Paul Romer: Berhijrah Ke Bandar Tingkat Taraf Hidup
Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar perlu berhijrah ke kota atau pinggir bandar, kerana kawasan ini menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dari segi ketersambungan dan modal insan, kata Bank dunia.
Ketua Pakar Ekonomi Dr. Paul Romer berkata, kemudahan yang lebih baik akan meningkatkan lagi taraf hidup, sekaligus merubah masyarakat menjadi masyarakat yang lebih bijak.
“Kita perlu komited untuk masa depan di mana setiap orang mempunyai pilihan berpindah ke bandar yang berbeza yang akan mengalu-alukan mereka sebagai penduduk dan memberi mereka peluang belajar menjadi lebih bijak dan lebih baik, ” katanya pada perbincangan panel yang bertajauk Technology Driven Transformation : Positive Disruption, yang diadakan di Forum Transformasi Global 2017 di sini hari ini.