10 Tips Pemasaran Facebook Yang Tidak Mengelirukan Pelanggan
Menurut Jean Moncrieff yang merupakan seorang pakar bisnes, dalam pemasaran Facebook matlamat kita yang sepatutnya ialah mendapatkan jualan, bukan “like” dan “share”. Kita perlu ada matlamat yang jelas. Adakah matlamat “post” kita berkait dengan matlamat bisnes kita?
Facebook sememangnya berpotensi untuk bantu bisnes kita sebanyak 41% bagi syarikat B2B dan 62% bagi syarikat B2C dalam mendapatkan pelanggan.
Pastikan kita gunakan kelebihan ini dengan baik, di sini ada 10 tips pemasaran Facebook untuk kita “try”.
1. “Integrate”-kan Facebook Dalam Strategi Pemasaran
Kena jelas apa yang kita nak capai dengan strategi pemasaran dan bagaimana peranan Facebook boleh bantu kita capai matlamat kita.
Mempunyai rancangan untuk menarik peminat yang betul, berhubung dengan peminat yang sedia ada dan membawa mereka ke arah jual beli menggunakan post adalah langkah pertama kearah mencapai matlamat kita.
2. Perlu Ada Nilai Cadangan Yang Jelas
Satu dari masalah pemasaran yang besar ialah tidak mempunyai nilai cadangan yang jelas. Kita mesti beritahu bagaimana nak selesaikan masalah, apakah manfaat yang kita tawarkan dan perbezaaan kita dengan saingan kita. Pastikan nilai cadangan kita konsisten ke seluruh saluran pemasaran.
3. Buat Page Syarikat Kita
Pertama sekali pastikan “page” syarikat kita bukan “personal page”. Selepas pergi ke bahagian “About” di “page” Facebook dan pastikan ia dah diisi dengan infromasi yang boleh dicari.
Berikan pembaca nilai cadangan yang jelas dan gambaran keseluruhan apa yang bisnes kita tawarkan dengan link yang bawa ke website kita, sertakan alamat kita jika mahu “rating” kita naik dan tambah apa-apa produk atau servis dengan link kepada page yang relevan dalam website kita. Di “page” “about” kita pun boleh ambil peluang untuk tarik peminat kita beli.
4. Bina Penonton
Peluang kita cerah jika kita sudah ada pelanggan, kawan-kawan dan keluarga yang gembira untuk beri kita semangat.
Kita boleh lakukan ini dengan menjemput kawan kita untuk “like” “page” atau “upload” senarai pelanggan terbaik supaya kita boleh hantar email.
Untuk terus ramaikan penonton kita, boleh gunakan website, blog, atau emailkan “newsletter”. Cuma perlu berhati-hati supaya tidak terlampau dalam menggunakan saluran ini dan buat orang menyampah. Kita juga boleh gunakan pelbagai “plugin” sosial Facebook terutamanya butang “Like” atau kotak “Like”. Ini untuk dapatkan ramai orang “like” “page” kita tanpa perlu keluar dari page kita dan tercari-cari di “page” Facebook kita.
5. Adakan Matlamat Untuk Setiap Post Kita
Jika kita dah selesaikan semua perkara di atas maka kita sudah bersedia untuk “post”. Pastikan kita sudah ada matlamat untuk setiap “post” dan jenis “content” kita “post” selaras dengan matlamat kita. Ini adalah 3 jenis “post” utama dan kesan dari setiap jenis “post”.
- “Status Update” = “Comments”
- “Link” = “Click through”
- “Photo & Video” = “Likes & Shares”
Jika matlamat kita ialah untuk menjana trafik ke landing page, maka adakan “post” jenis link untuk tarik peminat kepada “page” itu. Jika matlamat kita supaya peminat kongsi “content” dengan kawan mereka maka guna gambar atau post jenis video. Pastikan formatnya sama dengan matlamat kita.
6. Ajak Pembaca Lakukan Sesuatu
Bila kita mula “post” kita dah mula berkomunikasi dengan pembaca. Ada tak kita tanya mereka untuk ambil apa-apa tindakan? Kita perlu beritahu peminat apa yang perlu dibuat seterusnya atau mereka akan pergi.
7. Guna Facebook “Insights”
Ia adalah alat dalam Facebook sebagai alat analytics yang akan bantu kita ukur dan analisa prestasi “page” Facebook kita. Klik pada “Insight” akan bawa kita ke gambaran keseluruhan prestasi “page” kita. Boleh dapatkan informasi yang detail seperti berape orang “like” “page” kita, “post” yang sampai, dan penglibatan penonton.
Di sini kita boleh ukur kejayaan dari matlamat “post” kita dan dari “data” tersebut boleh buat keputusan untuk teknik pemasaran kita supaya matlamat tercapai.
8. Dapatkan Masa Dan Kekerapan Post Yang Betul
Terdapat banyak maklumat mengenai masa terbaik untuk post di Facebook dan media sosial yang lain. Facebook kita adalah unik jadi perlu kaji dan tetapkan sendiri masa peminat kita “online” di Facebook.
Untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat pergi ke “Insight” dalam Facebook dan pilih “tab” “Post”. Di situ boleh nampak penglibatan peminat pada pukul berapa yang paling banyak.
9. Guna “Data” Secara Hemah
Pastikan kita jejak “analytic” dan nombor yang betul di “Insight”. Jangan bazirkan masa untuk jejak nombor yang tidak relevan pada bisnes atau matlamat pemasaran.
Francisco Rosales dari Social Mouths memberikan 4 formula untuk pastikan kita dapatkan apa yang kita nak dari “analytics”:
- Luang masa 30 min untuk lihat dan kaji “analytic” kita
- Belajar metrik mana satu yang sesuai dengan bisnes kita, bagaimana ia berfungsi dan apa maksudnya
- Endahkan metrik yang tidak penting
- Guna “data” yang bermanfaat untuk buat bisnes dan keputusan pemasaran
10. Jangan Berhenti Buat Kajian
Pemasaran adalah mengenai kajian dan mencuba idea baru. Inilah sebabnya penting kita mempunyai matlamat untuk semua inisiatif pemasaran kita. Adakan matlamat yang jelas untuk setiap “post”, analisis prestasi dan jika tidak mendapat hasil yang diharapkan cuba buat cara yang lain pula.
Jangan pandang rendah pada sesuatu post kerana selalunya “post” yang kita fikir kurang impak itulah yang berikan hasil yang mengejutkan. Jadi jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru, cuma jangan menipu dan kelirukan orang ramai.