Hati-Hati Dengan Scammer Di Al-Haramain


Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tiada scammer. Mereka ada cuma berbeza cara yang digunakan samada cara halus atau cara kasar.

CARA KASAR:

Cara 1:

Beg kita diselok atau ditoreh menggunakan pisau ketika kita sedang melakukan Tawaf@Saie, sememangnya kita tidak akan perasan. Cara ini memang berani dan pro. Hasil yang diperolehi agak lumayan juga, dapat ribu-riban & handphone pun boleh dapat sekali.
(Cara 1 ini target utama kebiasaannya para wanita)

Cara 2:

Scammer menyamar menjadi pengiring untuk kita mencium Hajarul Aswad, kebanyakkannya orang Indonesia, dia akan menghampiri dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad”, kalau kita cakap nak, dia minta siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1000 Riyal pun ada. Kalau kita cakap tak nak @ tak ada, dia akan berlalu pergi tapi kalau kita cakap nak, dia akan bawa kita separuh jalan selepas itu dia akan hilang, tak tahu ke mana. Ada juga yang akan ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. Hati-hatilah.

Cara 3:

Berhati-hati jika anda membuat bayaran duit 10 Riyal menggunakan duit 100 Riyal, ia menyebabkan kekeliruan kerana warna duitnya sama, iaitu MERAH. Pernah terjadi, seorang jemaah wanita tua hendak membeli air mineral 1 riyal, dia bagi 100 riyal, dan sepatutnya baki ialah 99 riyal, tetapi dipulangkan baki sebanyak 9 riyal sahaja. Kemudian, mak cik tu tanya “saya bagi 100 riyal” si penjual jawab tak, mak cik bagi 10 riyal sambil mengangkat 10 riyal. Padahal mak cik itu bagi duit 100 riyal. (Disebabkan ada yang melihat apa yang terjadi, mak cik tersebut mendapat balik baki duitnya 99 riyal) berhati-hati dengan penjual atas food truck di Jabal Rahmah.

Cara 4:

Orang-orang perempuan arab yang berjubah hitam yang menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (lebih-lebih lagi laluan ke Menara Jam), mereka lebih profesional dari yang lain-lain. Mereka menggunakan 1001 cara untuk meyakinkan kita, siap drama sekali dengan watak pelakon sampingan. Jangan cepat melatah dan bermurah hati, sekali kita bagi, kita akan dikerumuni oleh mereka.

Cara 5:

Geng Teksi juga tidak ketinggalan, awalnya dipersetujui harga dari airport Jeddah ke Hotel di Mekkah ialah 200 Riyal. Sampai di Mekkah, dia akan buat-buat pusing beberapa kali untuk mencari hotel. Akhirnya apabila jumpa hotel, dia akan meminta bayaran ehsan sebab sesat jalan tadi dengan kita sebanyak 50 riyal. Untuk keselamatan, gunalah GRAB/ UBER.

CARA HALUS:

(Lebih kepada psychology)

Pernah terjadi kepada seseorang di Mekah (berdekatan pintu 17). Seorang lelaki Pakistan datang kepadanya, menariknya ke tepi dan dia mula bercerita bahawa dia kena selok, pasport hilang, duitnya dicuri dan maknya sakit sambil menunjuk ke arah seorang perempuan tua yang sedang berbaring untuk meyakinkan kita. Dia meminta duit sebanyak 500 riyal untuk kos perubatan mak dia dan juga untuk makan. Diketahui bahawa dia ialah SCAM, lalu orang itu menjawab saya tak ada duit dengan nada sedikit kasar.

Selepas itu, dia mencari mangsa seterusnya. Dia berjaya memperdaya mangsa keduanya. ketika mangsa sedang mengira duit, dia ambil kesemua duit yang sedang dikira dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Agak-agak sehari dia dapat 1000 riyal, dan kalau sebulan berapa agaknya.

Rata-rata mangsa scam ini adalah jemaah umrah & haji dari indonesia, brunei dan malaysia, mungkin senang bagi mereka untuk menipu dan tidak dinafikan bahawa kita sememangnya suka bersedekah.

KESAN KEPADA JEMAAH:

  1. Kita akan hilang fokus untuk beribadat. Menyesali atas kecuaian kita.
  2. Membuat keluarga kita risau atas apa yang terjadi kepada kita
  3. Mula timbul rasa takut pada keadaan sekeliling
  4. Mula rasa takut dengan keadaan sekeliling
  5. Murung

Inilah antara scammer yang terdapat di Tanah Suci Mekah & Madinah.

Kalau anda betul hendak sedekah, bagilah kepada tukang sapu sampah yang ada di dalam mahupun di luar masjid. Selagi namanya manusia, berhati-hatilah dengan gerak dan langkah dan mata mesti tajam, jika tersilap langkah pasti ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Walaupun di sana ialah tanah suci, tapi tak semuanya Malaikat, ada segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan. Mereka tidak peduli di Tanah Haram ataupun tidak, janji mereka dapat habuan mereka. Para jemaah juga diingatkan jangan bawa duit yang banyak untuk ke masjid. Simpan sahaja di hotel ataupun minta tolong mutawwif/mutawwifah simpankan untuk anda.

Kita ke Mekah dan Madinah bukannya setiap bulan. Untuk ke sana, kita perlu menabung dan menyimpan terlebih dahulu unuk ke sana. Sampai je sana, kena macam ini, kesian je. Jadi sentiasalah beringat. Bila kita kat sana, letakkan diri pada Allah SWT, mina doa dariNya supaya kia dijauhi dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Seandainya kita terkena, jika nilainya kecik anggaplah ianya sebagai sedekah dan bukan rezeki kita. Tetapi, jika nilainya besar, terus ajak mutawwif untuk buat report polis.

SUMBER : Facebook Rahsia Wajah Cantik

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat