ADUAN RAKYAT : Benarkah Takaful Prudential Penipu Besar? (Terkini)


Saya Muhd Shakir Assalam Bin Ya (850925-11-5717) merupakan bapa kepada UWAIS BIN MUHD SHAKIR ASSALAM (121219-03-1057) No. Sijil Prudential : 95680918.

Anak saya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 April 2015 kerana mengalami demam akibat keracunan makanan. Sebagai pemegang polisi insuran Takaful Prudential semenjak September 2013, anak saya akan di`cover` akan kos rawatan hospital oleh pihak Takaful Prudential.

Apabila anak saya dimasukkan ke wad 433, isteri saya dimaklumkan bahawa anak saya gagal mendapat GL daripada Takaful Prudential. Agen Takaful Prudential terus menghubunggi saya dan memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah pada GL anak saya dan mohon berjumpa untuk memberi penerangan selanjutnya.

Melalui perbincangan saya dan agen Takaful Prudential anak saya bernama ABDUL AZIZ MOHAMED, dia menyatakan bahawa pihak Takaful Prudential menghantar Decline Letter sebab anak saya telah masuk hospital sebanyak 3 kali dalam tempoh 12 bulan. Maka kali ini adalah kali 3, maka anda kena PAY AND CLAIM.

Saya menyatakan bahawa polisi Insuran anak saya tidak terdapat syarat sedemikian. Dia menyatakan `ya` , tidak terdapat syarat sedemikian dalam POLISI INSURAN anak saya.

Saya mendapatkan Decline Letter yang dihantar oleh pihak Takaful Prudential kepada Hospital Pakar Perdana . No. Ruj Surat : Claim/15040825/sclbus Tarikh : 29/04/2015. Dalam surat tersebut menyatakan: We regret to inform that we are unable to admit liability on the above claim due to the following : 1. 20. In any case Covered Person requires three (3) or more admissions for minor illess within a twelve (12) month period, the Covered Person may pay and file claims which will be subjected to reimbursement rules.

Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak Takaful Prudential, saya terus menghubunggi Customer Care 03 20537188. Panggilan saya dijawab oleh pegawai bertugas yang bernama Puan Hanum. Beliau menggesahkan bahawa Decline letter adalah atas sebab yang saya nyatakan tadi. Saya tekankan bahawa tidak terdapat syarat tersebut dalam polisi anak saya. `Ya Betul` tidak terdapat dalam polisi anak tuan tetapi Members of Committe telah buat satu undang-undang kecil dan ia tidak terdapat dalam polisi , jelas Puan Hanum. Saya bertanya , semenjak bila undang- undang ini diperkenalkan ? . Ia berkuatkuasa semenjak JANUARI 2015. Saya tegaskan lagi bahawa polisi yang saya tandatangani untuk anak saya adalah pada SEPTEMBER 2013 dan mengikut ilmu matematik 2013 adalah sebelum 2015. Puan Hanum membalas undang-undang ini terpakai kepada setiap pemegang polisi baru dan lama. Adalah tidak adil semasa saya tandatangani polisi syarat ini tidak ada dan kamu kenakan syarat baru kepada kami, ini adalah kerja-kerja syaitan, jelas saya. Saya meminta No. Telefon pegawai yang Members Of Commitee yang meluluskan undang-undang kecil ini setelah Puan Hanum gagal menjawab pertanyaaan saya, dia engan memberi No. Telefon berkenaan. Untuk memastikan perbualan saya ini adalah betul, saya cabar pihak Takaful Prudential untuk mendedahkan rakaman perbualan saya dan Puan Hanum

Apa yang pasti sekarang ialah undang-undang itu baru sahaja diperkenalkan tetapi pemegang polisi yang telah lama pun turut serta tertakhluk kepada undang-undang baru ini. Dalam maklumat saya POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL anak saya, tidak ada klausa yang menyebut POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL ini adalah tertakhluk kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh SYARIKAT TAKAFUL PRUDENTIAL.

Hari ini, anak saya boleh keluar daripada Hospital Pakar Perdana dan saya terpaksa membayar bill hospital.

Hari ini juga, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Takaful Prudential menipu dalam kes ini. Penipuan yang dilakukan ini benar-benar menzalimi Pemegang Polisi Takaful Prudential. Penipuan yang berlaku ini adalah amalan Syaitan dan sekutunya. Paling menyedihkan nama TAKAFUL yang ada pada PRUDENTIAL itu adalah melambangkan syarikat ini adalah Islamic dan mendapat pengiktirafan Bank Negara, maka penipuan yang berlaku ini sudah cukup untuk anda buangkan nama TAKAFUL pada syarikat anda. Semua dana diurus secara Islamic tetapi menipu dalam polisi adalah kerja Dajjal. Dalam sejarah, Islam dan Dajjal tidak pernah bersama.

Kes ini cukup membuatkan saya tidak berpuas hati terhadap Takaful Prudential, saya memikirkan untuk memfailkan kes ini ke Mahkamah atau terus membuat laporan kepada Bank Negara. Tetapi ada baiknya saya cuba untuk siarkan kes ini di media elektronik dan media massa.

Apa kata sekiranya saya mencetak bunting dan banner sebanyak 2000 keping dan menggantung diseluruh Kelantan dan Kota Bharu secara khususnya. Ini semua kerja-kerja gila. Tetapi awas, apabila anda berurusan dengan syarikat yang gila anda terpaksa membalas kegilaan mereka dengan tindakan yang gila-gila.

Baca Juga : PRUDENTIAL BSN TAKAFUL CAN BE TRUSTED : SEMUANYA TELAH SELESAI

Saya sebarkan surat saya ini kepada pihak Takaful Prudential dan kepada kenalan saya supaya kita lebih berhati-hati memilih syarikat-syarikat Insuran.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA

-mohon sebaran fb/ig/twit/wa/line/wechat/telegram untuk pengetahuan umum-

Susulan daripada aduan beliau Mr Ahmir ud Deen selaku COO PruBSN beliau dan meminta maaf dia apa yang berlaku. Ikuti sambungan kisah tersebut.

— STATUS TERKINI

TERIMA KASIH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD

Selepas membuat aduan kepada Prudential Bsn Takaful pada 1 Mei 2015 jam 10.48 am, pada jam 3.47 pm hari yang sama, Mr Ahmirud Deen selaku COO PruBSN telah menghubunggi saya dan memohon maaf terhadap perkara yang saya adukan kepada pihak PruBSN.

Dia menyatakan bahawa GL akan dikeluarkan dengan serta-merta. Malangnya, saya telah menjelaskan bil hospital anak saya pada jam 11.51 am sebanyak RM 2,237.90 shj.

Oleh yang demikian dia berjanji akan segera menggeluarkan cek `claim` saya pada hari Selasa depan 5 Mei 2015 dan berjanji kes seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Manusia kadang-kadang sukar untuk menggelakkan daripada membuat kesilapan, tetapi mereka yang menyedari mereka telah tersilap dan segera memohon maaf adalah langkah yang bijaksana dan terpuji.

Sekali lagi saya tabik hormat kepada Agen PruBSN anak saya Mr Abdul Aziz Mohammed No. Agen (RM 400001) kerana bertindak secara profesional sepanjang krisis ini berlaku. Beliau tidak menghalang tindakan saya yang tidak berpuas hati dengan PruBSN Takaful kerana ia menjadi hak pelanggan untuk mengutarakan kritikan dan aduan terhadap masalah yang berlaku.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PruBSN Takaful kerana telah mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya terhadap kes ini.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
CEO
Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd ( www.sriayu.com )
Sri Ayu Development Sdn Bhd ( www.sriayudevelopment.com )

P/S : Tahniah kepada Mr Ahmirud Deen selaku COO PruBSN kerana mengambil tindakan segera dan meminta maaf diatas kejadian tersebut.

Baca : http://dailyrakyat.com/maklum-balas-aduan-rakyat-syarat-tambahan-hospital-alliance-services-prubsn-takaful/1013

Maklumat Tambahan

1. Muhd Syakir Assalam bin Ya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di Kelantan.

SYKIR

2. Muhd Syakir juga merupakan pemilik kedai Emas Sri Ayu dan juga pemilik Sri Ayu Development Sdn Bhd.

SYA

3. Semasa pembukaan kedai emas Sri Ayu beliau telah meletakkan banting di tepi jalan hampir di seluruh ceruk bandar Kota Bharu untuk tujuan promosi jadi tidak hairanlah jika beliau mahu mencetak Bunting dan Bena sebanyak 2000 keping dan menggantung diseluruh Kelantan dan Kota Bharu secara khususnya.

 

2 komen untuk “ADUAN RAKYAT : Benarkah Takaful Prudential Penipu Besar? (Terkini)”

  1. Bon says:

    Syabas tuan. Mungkin atas usaha tuan, Prudential telah menarik balik pindaan undang2 yang kita tidak pernah disetujui bersama dahulu dan ini menyelamatkan semua pelanggan Prudential. Harap tuan jangan letih untuk melawan ketidakadilan dalam perniagaan zaman ini di Malaysia yang mana golongan peniaga makin kaya raya dengan keuntungan melampau menindas pengguna yang ratanya tak kaya.

  2. saleh says:

    Tahniah kerana pihak tuan menentang kezaliman. Anak anak perempuan saya semua masuk pru bsn. baru baru ini saya ada tanya samada cover tak untuk penyakit kanser disebabkan arwah isteri saya mengidap kanser dan meninggal dalam umur 51 tahun.
    Saya risau PruBSN guna clause ‘penyakit keturunan congenital” bila nak claim satu hari nanti, minta dijauhkan. PruBsn suruh anak anak saya ambil test (kena bayar sendiri agaknya), dan harga test ini bukannya murah. Saya terfikir nak terminate dan ambik insuran lain. baru 2-3 tahun ambik insuran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat