6 Tips Dekorasi Ruang Tamu Rumah
Anda tak tahu macam mana nak dekorasi ruang tamu rumah anda? Bosan dengan dekorasi sedia ada? Jom tukar dekorasi ruang tamu anda supaya ianya lebih menarik dan cantik.
Ruang tamu ialah ruang yang paling penting dalam sesebuah rumah kerana ia merupakan ruang aktiviti utama keluarga. Kali ini, kami kongsikan tips dekorasi ruang tamu rumah yang boleh anda gunakan untuk dekorasi ruang tamu anda.
1. Guna warna neutral
- Warna neutral dapat menbangkitkan rasa tenang dan ia juga dapat membuatkan ruang tamu anda nampak lebih luas.
- Gunakan pada diling, dinding, lantai dan juga hiasan perabot.
2. Guna meja kopi yang sesuai
- Jika ruang tamu rumah anda luas, gunakan meja kopi yang bersaiz besar dan bersesuaian dengan ruang.
- Dan jika ruang tamu rumah anda kecil, gunakan meja yang besaiz kecil.
- Mungkin anda boleh gunakan 2 meja bulat yang bersaiz kecil, ia cantik dan juga menjimatkan ruang.
3. Gunakan cermin sebagai hiasan
- Untuk menampakkan sesebuah ruang itu lebih luas dari kebiasaan.
- Cermin hias dinding juga dapat menjadikan sesebuah ruang itu lebih elegant dengan gaya tersendiri.
- Kebanyakkan pakar hiasan dalaman menggunakan trik menggunakan cermin hiasan pada dinding.
4. Gantung hiasan dinding
- Tampilkan ilusi yang berbeza pada mata anda dengan menggunakan hiasan dinding yang menarik.
- Ini adalah cara untuk menjadikan mata anda fokus kepada hiasan dinding.
- Selain itu, ia dapat menjadikan ruang tamu anda nempak lebih luas.
5. Pilih perabot bersaiz kecil
- Gunakan konsep “Less is More”.
- Untuk menjimatkan ruang, gunakan perabot yang tidak terlalu besar.
- Penting untuk mengambil kira saiz perabot untuk mengelakkan ruang tamu kita sesak dan sempit.
6. Susunan perabot
- Susun set kerusi atau sofa di tengah-tengah ruang tamu.
- Tinggalkan jarak antara perabot dan dinding.
- Selain itu, idea lain yang boleh digunakan ialah pilih perabot yang lebih rendah.
Itulah antara tips dekorasi ruang tamu rumah yang kami boleh kongsikan kepada anda. Walau apapun yang anda lakukan, buatlah ikut kemampuan anda. Yang mahal tak semestinya cantik dan yang mirah tak semestinya hodoh.