Rampasan Ganja Seberat 500kg Di Alor Setar – Daily Rakyat

Rampasan Ganja Seberat 500kg Di Alor Setar

Sumber Rujukan : Kuang News

Tangkapan (1) lelaki Melayu dibawah Sek 39B ADB 1952 di Alor Setar Kedah oleh JSJN Kedah.
Rampasan: 533 ketulan ganja @ 527.9 kg
Pengadu: ASP Mior Abdul Khalil, PT ROT JSJN Kedah
Alor Setar Rpt: 23617/17

Fakta kes: Bertindak atas maklumat pada 18/10/17 @ 0620 hrs sepasukan polis yang diketuai ASP Mior Abdul Khalil bersama pegawai /anggota JSJN Kedah dan JSJN Bukit Aman telah menahan sebuah kereta Toyota Alphard no. pendaftaran WVR 1511 di depan trafik light Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar Kedah dan menahan seorang lelaki Melayu sebagai pemandu dalam kereta tersebut.
Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 13 guni berisi slab-slab dadah ganja di bahagian penumpang belakang kereta. Setiap guni berisi 41 slab dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 533 slab dadah ganja dengan berat kasar 527.9 kilogram. Barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

Ulasan: Hasil temubual mendedahkan suspek telah datang ke Kuala Kedah seorang diri. Suspek bergerak terus dari Sg. Buloh, Selangor untuk mengambil dadah ganja daripada seorang lelaki Melayu tempatan untuk dibawa balik ke Sg. Buloh Selangor. Suspek mendapat upah sebanyak RM3,000.00 daripada satu lelaki dikenali sebagai ‘IJAT’. Suspek telah terlibat selama hampir setahun dalam aktiviti pengedaran dadah dan juga didapati positif dadah ganja.

Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat