Pengalaman Datin June Charisma : Bibikku Seorang Bomoh, Ramalkan 2 Kali 1st Price Nombor Ekor


Cerita tentang Dato Aliff yang di tipu bibik-bibiknya teringat kat salah satu bibik JC.

Tanpa diberitahu oleh agen yang bibik tu bomoh.
Boleh ramal macam-macam hal sebabnya, minggu pertama dia masuk kerja dia ada beritahu JC,
“Mem, esok beli nombor itu kereta mem, nanti mem makin kaya..”
“JC jawap, bibik dah kenapa, saya tak pernah seumur hidup beli nombor ekor”
Dia balas dengan senyuman saja.

TAPI esoknya
Jeng…jeng….jeng…

Kawan JC beritahu memang naik 1st price.
Fikir JC mungkin kebetulan saja.
Tapi kali kedua dia suruh JC beli lagi nombor yang dia sendiri bagi tapi JC tak layan.

Sekali lagi….
JENG! Walawey….. rugi tak beli Naik 2nd price.
Tapi Haram oooo….tak mungkin JC beli.
Iman masih kuat.

Yang paling terkejut, bila dia boleh tahu JC makan apa kat luar. Siap cakap lauk apa yang JC makan. Agaknya perewangan dia dah follow JC ke mana saja…. parah ni.
Dah macam paparazzi kan……

JC cuma simpan dia 25 hari saja.
Sebabnya, macam-macam hal pelik berlaku dalam rumah JC. Sebelum makin parah lebih baik kick out dia dulu.
Dia solat memang tak tinggal. Nampak baik dengan sifat keibuannya pada anak-anak JC
Rupanya hanya lakunan belaka.

Lepas dia di ambil balik oleh agen, rumah JC seminggu bau bangkai… seram.
Ni betul-betul bukan cobaan tau

The moral of story
Hati-hatilah dengan pembantu yang kita sangka baik dan mahu menolong rupanya….hawau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat