Johor Mengharamkan Dua Pendakwah Islam, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk Dan Ustaz Haslin Baharim “Ustaz Bollywood” Ceramah Di Johor

Sumber Rujukan : Malaysia Kini

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai “Ustaz Bollywood”  dan Ismail Menk  Mufti dari Zimbabwe yang sebelum ini, Singapura mengharamkan kedua-dua pendakwah berkenaan memasuki republik itu atas alasan pandangan mereka boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Negeri Johor pula bertindak pekara yang sama apabila mengharamkan dua pendakwah Islam, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim yang juga dikenali sebagai “Ustaz Bollywood” kerana keupayaan beliau menyanyi daripada menyampaikan ceramah di negeri itu.

Exco agama Islam negeri Abd Mutalip Abd Rahim berkata larangan itu daripada titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, lapor Berita Harian.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat