Bakal Melancarkan Roket dan Memonopoli Industri Barangan Mewah, Ini Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia


Waktu pandemik ini sangat memberi kesan kepada kewangan ramai orang. Hanya selepas pelbagai kekangan dihapuskan barulah ekonomi setempat berpeluang untuk bangkit semula.

Meskipun ekonomi kebanyakan masyarakat dunia terjejas, namun lain pula ceritanya bagi jutawan di seluruh dunia. Kekayaan mereka semakin berlipat ganda meskipun dunia dibadai pendemik.

Kekayaan mereka dianggarkan merangkumi 1.4% jumlah daripada ekonomi dunia. Tidak hanya itu, jumlahnya dilihat meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lepas. Sebelum ini kita pernah mengupas tentang orang Melayu terkaya di Malaysia, namun siapa pula orang terkaya di dunia ?

Senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia 2022

Berdasarkan senarai Forbes-Real Time Billionaire, 10 orang terkaya di dunia adalah seperti berikut :

1. Elon Musk

orang terkaya di dunia

Elon Musk muncul sebagai individu terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai US$212 bilion. Syarikat Tesla miliknya menghasilkan hampir sejuta kenderaan untuk pasaran pada tahun 2021.

Meskipun berhadapan dengan masalah kekurangan cip komputer, ia tidak menjejaskan pasaran Tesla, malah kadar penghantaran produk Tesla meningkat sehingga 87% saban tahun.

Elon Musk yang juga merupakan pengarah eksekutif dan ketua jurutera bagi SpaceX kini sedang dalam perancangan untuk lancarkan roket terbesar dengan ketinggian 119 meter ke angkasa menjelang tahun 2022.

2. Jeff Bezos

jeff bezos merupakan orang terkaya di dunia pada tempat kedua

Pengasas merangkap lembaga pengarah Amazon ini mencatatkan kekayaan sebanyak US$168 bilion. Pada mulanya Amazon bergelut untuk kekal di dalam industri, namun kini ia mendapat pelanggan dari seluruh dunia dan semakin meningkat pada waktu pandemik ini.

Hasilnya, harga saham Amazon meningkat ke 76% atas permintaan membeli belah atas talian yang tinggi.

Jeff Bezos yang meminati bidang astronomi juga memiliki syarikat penerokaan angkasa yang dikenali sebagai Blue Origin yang bernilai US$9.5 juta.

3. Bernard Arnault

bernard arnault merupakan satu-satunya orang Eropah yang tergolong dalam orang terkaya di dunia

Merupakan satu-satunya jutawan Eropah yang berada dalam senarai, Bernard Arnault mengungguli tempat ketiga sebagai orang terkaya di dunia.

Beliau merupakan pengarah eksekutif bagi Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH), syarikat gergasi dalam sektor barangan mewah mengungguli tempat ketiga dalam senarai orang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai US$159 bilion. Antara jenama mewah yang berada di bawah LVMH adalah Louis Vuitton, Christian Dior, Marc Jacobs, Celine dan Fendi.

Beliau juga memegang saham pemilikan Christian Dior terbesar sebanyak 97.5% yang berjumlah US$126 bilion. Aset lain yang dimiliki adalah ekuiti di Moelis & Company dan Hermes yang mencecah bilion dollar.

4. Bill Gates

bill gates merupakan antara orang terkaya di dunia

Nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan jutawan terkemuka dunia. Dengan kekayaan mencecah US$130 bilion, Bill Gates muncul sebagai orang keempat terkaya di dunia. 1.3% pemilikannya di Microsoft dilaporkan bernilai US$30.8 bilion.

Sementara itu, beliau juga memiliki US$55.9 bilion aset di Cascade Investment LLC. Cascade memegang pelaburan bagi pelbagai syarikat swasta antaranya Deere, Republic Services dan Canadian National Railway.

5. Warren Buffet

orang terkaya di dunia

Kekayaan Warren Buffet dilaporkan bernilai US116 bilion menjelang tahun 2022. Merupakan pengarah eksekutif bagi syarikat Berkshire Hathaway, syarikat ini juga terkenal sebagai pemilik bagi 60 syarikat lain antaranya GEICO, Duracell, dan Dairy Queen.  Saham Buffet di Berkshire Hathaway dilaporkan bernilai US$114 bilion.

Warren Buffet merupakan individu yang cukup terkenal dalam industri pelaburan dan sering digelar sebagai Oracle of Omaha kerana komuniti pelaburan sering menjadikan beliau sebagai role model yang baik dalam bidang ini.

6. Larry Page
larry page merupakan antara orang terkaya di dunia

Tempat keenam dalam senarai orang terkaya di dunia jatuh kepada Larry Page iaitu ahli lembaga dan pengasas bersama Alphabet (Google).

Hasil kekayaannya dilaporkan berjumlah US$120 bilion sementara sahamnya di Alphabet sebanyak 6% berjumlah US$105.7 bilion.

Page juga merupakan antara pelabur terawal bagi syarikat penerokaan angkasa dan perlombongan asteroid iaitu Planetary Resouces.

Saham Google yang sangat memberangsangkan pada tahun lepas juga melonjakkan nama Larry Page untuk tergolong dalam senarai orang terkaya di dunia.

7. Larry Ellison

larry ellison tergolong antara orang terkaya di dunia

Pengerusi dan pengasas bersama Oracle, Larry Ellison berada pada kedudukan ketujuh dalam senarai dengan kekayaan berjumlah US$94.6 bilion. Saham pemilikannya di Oracle sebanyak 40% dianggarkan bernilai US$63.3 bilion.

Aset lain yang dimiliki Larry Ellison adalah ekuiti Tesla bernilai US$13.1 bilion serta beberapa pelaburan hartanah.

8. Sergey Brin

sergey brin adalah antara orang terkaya di dunia

Jutawan kelapan dalam senarai ini adalah Sergey Brin dengan kekayaan bernilai US$115 bilion. Usahawan bidang teknologi ini merupakan ahli lembaga serta pengasas bersama Alphabet sambil memegang saham syarikat tersebut sebanyak 6% dengan nilai US$100.5 bilion.

9. Mukesh Ambani

mukesh ambani merupakan antara orang terkaya di dunia

Satu-satunya jutawan berbangsa India dalam senarai, Mukesh Ambani memiliki kekayaan bernilai US$88.4 bilion.

Merangkap Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries, beliau muncul sebagai ahli perniagaan terkemuka dalam bidang telekomunikasi. Saham yang dimiliki di Reliance Industries dianggarkan bernilai US$88.9 bilion.

Tidak hanya itu, beliau juga memiliki aset peribadi dalam bentuk pelaburan berjumlah US$410 juta di hartanah Mumbai Residential. Mukesh Ambani juga merupakan salah satu daripada ahli World Economic Forum.

10. Steve Ballmer

steve ballmer merupakan antara 10 orang terkaya di dunia

Merangkul tempat kesepuluh dalam senarai orang terkaya di dunia, pemilik pasukan bola keranjang Los Angeles Clippers ini mencatatkan kekayaan sebanyak US$107 bilion.

Pemilikan beliau sebanyak 4% di Microsoft dianggarkan bernilai US$90 bilion sementara aset lain di Los Angeles Clippers berjumlah US$2.63 bilion.

Steve Ballmer sertai Microsoft pada tahun 1980 dan menggantikan posisi Bill Gates sebagai pengarah eksekutif pada tahun 2000.

Ketika berkhidmat di Microsoft, Ballmer bertanggungjawab dalam pembelian Skype dengan harga US$8.5 bilion.

Semua jutawan yang tersenarai dilihat memegang saham besar dalam syarikat yang dipimpin. Syarikat yang mereka terajui juga sudah terkenal di seluruh dunia sambil membawa jenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Microsoft dan Tesla.

Sifat kepimpinan mereka perlu dicontohi dan boleh dijadikan inspirasi atas kejayaan mereka mengembangkan prestasi syarikat meskipun ekonomi dunia terancam atas pelbagai faktor seperti peperangan Rusia-Ukraine serta penularan Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat