ADUAN GURU : Keluh Kesah Guru Mengenai Pertukaran Mereka


Aduan dan keluh kesah ini di ambil dari Page Pertukaran Guru di Facebook. Luahan  hati para guru ini hanyalah sebahagian sahaja. Jika ingin membaca lebih lanjut anda boleh ke page Pertukaran Guru.

Pada 27 Mac yang lalu admin Pertukaran Guru telah bertanya soalan kepada ahli page mengenai masalah perpindahan mereka. Tetapi dari maklum balas yang didapati ramai diantara guru meluahkan isi hati mereka.

1

Baca Juga : ADUAN GURU : Diceraikan Semasa Mengandung 8 Bulan, Guru Tinggal Berjauhan Terkesan

Berjauhan Dari Keluarga

Berjauhan

“Duduk berjauhan dengn suami…tk pernh dok bersama sehingga ader anak” Nurul ain

“Knapa kta ditukarkan sdangkan kita x pernah mohon…bkn skali tp bkali2…atas alasan keperluan…tp org yg dah bkarat x pernah pula kna tukar walhal klas pun x msk….” Wan Anita

“Suami keje kapal..memerlukan sokongan keluarga dalam menguruskan anak 2 orang yang masih kecil” Nor Azilah

“Dah dapat tukar pun masih di hantar ke daerah yg jauh. Terpaksa berjauhan juga dengan keluarga.” Hafizatul

“Dah bercerai, tak dpt pindah sedangkan kat sini tiada siapa siapa or saudara mara. Perlu balik ke pangkuan keluarga. Tekanan sangat” Munira

“Kos sara hidup yg meningkat..jaga anak sorang2 kat bandar dan status balu..kenapa berat sangat pihak atas nak pertimbangkan…sedangkan berkhidmat dah sebelas tahun..” Sal

Guru Yang Baru Berkhidmat Dapat Tukar

cikgu muda

“x fhm kita yg mngjar belasan tahun x di indah nk pindah org yg sethun lbih mngjar dpt pindah pelik kdg syrat depa ni x relevan” Nilam

“knapa ada org yg setahun jagung dpt pndah,sy yg bertahun2 ni xdapat2” Siti

“Kami dah 10 tahun,tggu isteri masuk kelantan. Katanya kelantan penuh dan johor tk lepas. Tp tiap tahun ada saja yg dpt masuk padahal berkhidmat di luar tk sampai 10 tahun.” Mohd

cikgu muda 2

“Dah 18 thn ngajar…org lain 1, 2 thn dah buleh tukar…org lain masuk klate, keno gua musang dulu…yg kabel kuat, terus balik kg…..” Den Den

“Knp ckgu yg bru mngjr x smpai sthun dan msih bujng dpt pndh ke ngeri sndri sdngkn diorg x buat rayuan pun.kami yg dh brkluarga n dh brkali2 buat ryuan xdpt pndh.atas alasan apa diorg dpt pndh?????” Husna

Masalah Pengetua

pengtua

“Kalu pengetua xsokong permohonan pindah, masih ada peluang x dpt pindah? Pertimbangan pengetua tu ada kesan x..” Jamilah

“Sy menyampah ngan pengetua lama sy yg melambat2kan sy pindah padehal da dapat surat pindah dr kpm n jpn. Dah tu da sebulan dok kat sekolah baru masih lg pengetua lama kacaw anta surat suh submit notis serah tugas. Padehal dpt je surat awal2 sy da bg notis serah tugas tp die yg xnk terima. Alasan : “dekat surat penempatan ni tulis anta notis serah tugas dengab kadar segera tp xnyatakan bile, so bukan sekarang” . Bile sy bg notis die xnk terima. Bila da pindah terhegeh2 mintak notis. Jauh tu sabah nk g serah notis yg da serah awal2 da. Xtawla pengetua lama ni nk cari kesalahan ke supaya die bleh knekan sy tindakan tatatertib sbb xanta notis serah tugas. PENINDASAN.” Puan Suhaila

Lain-lain Masalah dan Luahan

lain-1

“Alhamdulillah, akhirnya dpt btukar ke negeri sendiri, itu pun slps 10tahun. Ke JPN pun xdak hasil sblum ni. Buat rayuan n bg alasan jaga bapa sakit, tp JPN xterima. Kata pegawai JPN, org tua mmg sakit. Sentap amat dgn jwpn pgwai tsbut. Sampailah bapa d panggil Ilahi, xsempat tgk pun wjah buat kali terakhir. Lpas drpd tu bru dpt tukar. Hilang pluang bbakti pd ibubapa.” Mohd

“tolong la prihatin dlm urusan pertukaran.. kata kes kritikal diambil peduli..boleh ditukar cepat… tp agaknya tggu mati dulu kot baru boleh tukar tu pn ke alam baru… bukti apa lg yg nak.. lps satu yg dihantar.. nk lg yg lain.. hntr lg yg lain…masih kata xlengkap… tp mmg sakit hati klu yg xmohon pn dpt pindah… yg saya xpaham opsyen sama… umur sama.. gred sama… dia xnk pn pindah.. asal dia boleh pindahhhhhh” Norhayati

lain-2

“Kenapa pertukaran x diluluskan mengikut suami…? Sdgkan 3 syarat utama memohon pertukaran ialah
1. Mengikut pasangan suami/isteri
2. Sakit (perlu ada surat pengesahan doktor)

3. Ancaman keselamatan..
Saya kira saya memenuhi syarat no 1 dan 2. Tetapi masih x dpt bertukar. Dgn alasan tiada kekosongan, atas dasar kepentingan perkhidmatan…
Blh saya tanya..keluarga tu x penting ke? Klu sakit tu x perlu dipertimbangkan ke?
Knapa masalah pertukaran guru ini gagal diselesaikan dan makan masa bertahun2 lamanya?… Knapa ada guru2 yg baru berkhidmat sethn dua mohon pndh terus dpt berpindah???
Memg senang nk suruh guru bersabar…tp klu dh bertahun2 hidup terpisah dgn keluarga mcm mana nk bersabar? Peg2 KPM hanya pandai berckp… X kena pada diri sdr. 
Sy juga nk bertanya mengapa berlaku nya kes guru memohon berpindah dan berjaya….tetapi ditempatkan di sekolah yg telah cukup guru…..lps sethn dua terpaksa digerakkan ke sekolah lain pula?” Zarimah

“Takde subjek opsyen kat sekolah tp tak boleh pindah.. terpaksa la sedia mengajar apa sahaja subjek yg kosong dan btukar2 tiap2 tahun subjeknya.” Ieka

Cadangan Kepada Penambahbaikan Pertukaran Guru

 

 

cadangan-1

 

“tetapkan tempoh perkhidmatan di satu2 tmpt utk mbolehkan ptukaran dilakukan..klo kata 10thn br dpt pindah ok kami tgu smpi 10thn asalkan conpom dapat..ini yg 1 thn pn boleh pindah apa hal..” Azaliana

cadangan-2

“Sy cdgkan sistem pertukaran cikgu buat mcm universiti. Cikgu cari la sdiri sekolah mana kosong, sekolah mana cikgu nak masuk.htr borang ke sekolah berkenaan.kpm sahkan shj.sekolah boleh interview cikgu berkenaan, klu lulus interview, sekolah yg decide nak amik ke x cikgu tu. Bila lulus interview, sekolah dah pilih cikgu tu, htr borang atau segala resume cikgu tu ke kpm, kpm sahkan shj. Biar gb/pengetua yg handle keluar masuk cikgu. Klu cikgu tu nk bpindah/keluar dari sesuatu sekolah, lantak cikgu tu lah dia nk keluar ke mana dia punya suka. Xde sekolah nk amik dia, lantak dia, dia yg nk keluar. Xde peel2 nk tunggu sistem penggiliran atau sbgnya sbb kita semua tahu xwujud pun semua tu. Spe cpt, dia dpt. Spe tahu sekolah mne kosong, pakat serbu ke sekolah tu…ad kosong utk sorg shj, yg dtg interview 1000 org, sukahati pengetua dia nk pilih siapa. Kpm sahkan shj. Pengetua lebih tahu ap yg dia nak dan siapa yg dia nak utk sekolah dia. Kpm pun kdg xkenal pn cgu2 dan kebolehan cgu2…kdg pengetua apply nk cgu agama, yg dhtr cgu bi (sbg cth) ini hanya cadangan.” Doodle

Inilah hanya sedikit sahaja yang dapat dikongsikan disini. Tidak sampai separuh daripada 235 komen yang dapat dipaparkan disini. Untuk membaca luahan yang penuh anda boleh ke  Page Petukaran Guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat