Sultan Melayu Pertama Memenangi Pingat Emas Di Sukan SEA – Sultan Mizan

Sumber Rujukan : Astro Awani

Sebelum ini Sultan Mizan menyatakan bahawa baginda menarik diri daripada saingan Sukan SEA 2017 ekoran masalah kuda namun mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara sekaligus muncul sebagai sultan pertama yang akan bersaing dalam temasya Sukan Sea.

Tenyata pendirian baginda untuk meyertai kembali skuad negara berbaloi apabila meraih pingat emas dalam acara endurance berpasukan dan individu dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, sebentar tadi.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.

Turut berada dalam skuad berpasukan endurance negara adalah Mohd Bulkhari Rozali, Muhammad Faris Haikal serta Mohamad Adhwa Embong.

Dalam sejarah Sukan Sea ini kali pertama Sultan Melayu menyertai Sukan Sea dan Sultan pertama memenangi pingat emas di Sukan Sea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat