Kenapa Perlu Hantar Permohonan Pinjaman Loan Dengan Banyak-banyak Bank?
Pertanyaan:-
Kenapa Real Estate Negotiator perlu hantar permohonan pinjaman loan dengan banyak-banyak bank..?
Jawapan sis Ros :-
Setiap bank ada polisi sendiri untk attract customer. Cthnya bank xx bg 100% loan untk first house. Bank z bagi 90 % loan dan free moving cost cthnya diorg cover cost valuation free, {hakikatnya berbayar kerana dah dimasukkn dlm loan} setiap bank membuat promosi yg berbeza… .. Sbb tu kita suggest apply at least minimum 3 bank.
Untk lulus bank biasanya based on roughly 60% DSR. So.. 40% adalah untk cost of living..
Di sini perlu profile kewangan yg baik.
Cth jika gaji ABE MAT (bakal pembeli) RM5,500.00
Dia dah ADA pinjaman dari gaji tu untk:-
1. Bayar bulanan keta obersea honda RM1500.
2. Personal loan RM500
Total pinjaman RM 2,000.
So.. Kelayakan buat pinjaman RM5500 x 60% =RM3,300.00
So… RM3300 – RM2000 dia hanya boleh enjoy untk BAYAR LOAN HANYA RM1300 sahaja.
Rule of thumb : RM1300 x 200= RM260k.
oleh itu.. Abe Mat hanya layak untk beli rumah yg berharga RM260k SAHAJA MAKSIMUM..
JIKA DIA NAK jugak RM320k…
Di sini perlu samada bantuan isteri atau… Bukak dlm fail semua dokumen2 yg membuktikan simpanan asb atau tabung hj atau sewaaan rumah yg boleh dijadikan sumber pendapatan.
Dan satu lagi.. Jika ank muda mahu membeli hartanah..atau yg otai sekalipun.. Kita WAJIB tanya soalan cepu dan emas dgn berhemah {jaga air muka client kerana mereka adalah raja yg akn bg kita duit ke dlm dompet kita samada yg berjenama atau x?}..
Cth.. Dik ptptn bayar ok kan.. Atau guna duit dady mommy?.. Atau kad kredit bayar ok kan.. Clarify ccris..
Jd REN bkn semata2 kita mahu bantu penjual menjual hartanah..malah.. Kita juga bantu pembeli.. Best nya keje kita adalah apabila kita memberi cadangan atau solusi untk selesaikan masalah berkenaan pemilikan hartanah mereka..
Dan jgn cuba2 nak selesaikn masalah yg lain?
Wallahualam
Nota : REN adalah Real Estate Negotiator di bawah pengawasan seorg Registered Estate Agent di bawah syarikat hartanah yg berdaftar dgn badan professional Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia
Sekadar perkongsian