Dakwaan Menerima Sumbangan 1 Bilion Adalah Fitnah


Selepas lawatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk berjumpa pemimpin negara Tun Dr Mahathir Mohamad pagi semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana telah menimbulkan berita tidak benar yang mengatakan bahawa tujuan pertemuan kedua pemimpian tersohor dunia itu adalah kerana Sultan Brunei ingin menyumbang sejumlah wang bernilai USD 1 billion kepada Tun Mahathir tanpa perlu membayar balik.

Menerusi Facebook Mukhriz Mahathir FC juga berkongsi tentang pekara itu dan rata-rata netizen turut berkongsi berita itu di akaun masing-masing.

Sebentar tadi akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa cerita mengenai sumbangan yang digembar-gemburkan awal pagi tadi adalah tidak benar sama sekali

“Ia tidak benar,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat