Atlet Paling Kaya Di Dunia


Forbes iaitu media perniagaan terkenal di dunia telah mengeluarkan senarai atlet paling kaya di dunia sepanjang tahun 2010-2019. Floyd Mayweather yang merupakan legenda tinju dunia telah mendahului carta atlet paling kaya di dunia. Jelas sukan merupakan salah satu kerjaya yang mampu membantu kehidupan seseorang itu.

Senarai Atlet Paling Kaya di Dunia (2010-2019)

1. Floyd Mayweather

Atlet Paling Kaya

Dalam tempoh 10 tahun ini, Floyd telah mengutip sebanyak USD 915 juta. Separuh hasil tersebut datang dari wang pertarungnya dengan bintang lain iaitu Manny Pacquiao dan Connor McGregor.

2. Cristiano Ronaldo

Atlet Paling Kaya

Seorang pemain bola sepak yang terkenal dan mempunyai penampilan yang menjadi kegilaan ramai ini tersenarai di tempat kedua atlet paling kaya. Tidak hairan lah dengan atlet ini kerana di mana sahaja iklan pasti gambar nya muncul, antaranya adalah iklan shopee, Nike dan banyak lagi. Jelas atlet ini merupakan atlet uang yang bernilai dalam dunia komersial. Bintang Juventus ini telah mengutip USD 800 juta hasil dari duit penajaan dan komersial.

3. Lionel Messi

Atlet Paling Kaya

Merupakan pemain yang lincah dan terkenal ini serta sering menjadi perbandingan kebolehannya dengan Cristiano Ronaldo di atas padang. Namun, seteru Ronaldo ini telah tersenarai di tempat ketiga atlet paling kaya dengan mengutip sebanyak USD 750 juta pada dekad ini.

4, Lebron James

Atlet Paling Kaya

Bintang bola keranjang dunia ini mengutip USD 680 juta dengan 2/3 hasil tersebut datang dari wang penajaan dan komersial.

5. Roger Federer

Atlet Paling Kaya

Seorang pemain tenis Switzerland yang dikenali ramai kerana kejayaannya ini telah menewaskan dua seteru utamanya iaitu Novak Djokovic dan Rafael Nadal dengan memungut sebanyak USD 640 juta. Walaupun usianya sudah 38 tahun, Federer masih lagi aktif dalam sukan dan unggul menjadi bintang tenis terkaya. Separuh dari nilai pungutannya itu hasil daripada penajaan bersama Uniqlo pada tahun 2018.

6. Tiger Woods

Kejayaan menjuarai UM Master 2019 dalam sukan golf telah menaikkan semula nama Tiger Wood setelah lama tenggelam serta kemarau kejuaraan besar. Woods tersenarai di tempat ke enam dengan mengumpul USD 615 juta dan lebih separuh jumlah tersebut disumbangkan oleh hasil penajaan dan komersial.

7. Phil Mickleson

Seorang lagi bintang golf terkemukaPhil Mickleson turut tersenarai dalam atlet paling kaya dekad ini dengan hasil kutipan sebanyak USD 480 juta.

8. Manny Pacquiao

Atlet tinju yang terkenal dari Filipini ini telah tersenarai di tempat ke lapan antara atlet yang kaya di dunia. Kebanyakan hasil pendapatan Pacquaio ini datang dari wang yang dikutip menerusi siaran pay-per-view pertarungannya.

9. Kevin Durant

Kevin Durant menjadi atlet bola keranjang kedua selepas Kobe dalam senarai Forbes ini. Durrant berjaya mengutip sebanyak USD 425 juta dalam tempoh 10 tahun ini sebagai pemain bola keranjang.

10. Lewis Hamilton

Atlet terkenal dalam sukan permotoran ini dan juga merupakan juara dunia Formula 1 tersenarai di tempat ke 10. Hamilton berjaya mengutip sebanyak USD 400 Juta dalam karier nya sebagai atlet sukan permotoran.

 

duniasukan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat