Saya Mengutamakan Kepentingan Negara Lebih Daripada Perkara Lain Untuk Kerjasama Dengan Dr Mahathir – Anwar Ibrahim


Selepas beberapa jam dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja tetapi Datuk Seri Najib Tun Razak juga.

Beliau yang kini mahu meneruskan kehidupannya dan amat menghargai kebebasan penuh yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Jika melibatkan hal peribadi, saya telah maafkan dia (Najib), tetapi dia perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah dan jenayah terhadapnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut.

Jawapan soalan mengenai kerjasamanya dengan Dr Mahathir, beliau berkata, beliau lebih mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perkara lain.

“Memang ramai yang bertanya, ramai yang ingin tahu mengenai kerjasama saya dengan Tun (Mahathir) dan saya katakan bahawa telah maafkan Tun.

“Melihat pengorbanan dan usaha beliau yang membantu membawa kepada kebebasan saya, serta sokongan kepada agenda reformasi, ia umpama deja vu,” katanya.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai pembebasan Anwar, Dr Mahathir menjawab: “Dulu kata saya masukkan dia ke penjara, sekarang saya bebaskan dia.” Anwar akan memainkan peranan dalam Pakatan Harapan, bukan dalam pentadbiran kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat