9 Sebab Mengapa Anda Mengalami Sembelit
Sembelit adalah kelainan pada sistem pencernaan manusia (atau mungkin binatang) mengalami kekerasan tinja yang berlebihan. Ia menjadikannya sukar untuk dibuang atau dikeluarkan dan dapat menyebabkan kesakitan yang teruk pada penghidapnya. Sembelit yang agak besar juga dipanggil pembengkakan. Dan pembengkakan yang cukup parah menyebabkan kanser usus besar membawa maut kepada pesakit. Mari kita lihat punca sembelit yang biasa di alami oleh anda :
9 Sebab mengapa anda mengalami sembelit
Antara sebab terjadinya sembelit adalah:
1. Malas membuang air besar
Malas untuk menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Hal ini kebiasaannya selalu terjadi pada anak kecil yang sedang atau baru belajar ke tandas.
2.Najis terlalu keras
Najis keras membuatkan terasa sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.
3. Selalu tahan berak
Tahan membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya. Kalau boleh elakkan dari menahan membuang air besar kerana jika bakteria dan racun di dalam tubuh tidak segera dikeluarkan, maka tubuh akan mengalami gangguan kesihatan.
4. Angin dalam badan
Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan dan kembung perut. Amalkan membuang angin dalam badan pergi berurut dengan pakar jika perlu.
5.Kurang cecair dalam badan
Kurang air dalam badan adalah faktor paling utama membuatkan seseorang itu sukar membuang air besar. Oleh itu banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.
6. Tekanan
Terlalu stress juga boleh menyebabkan sembelit, ia menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu kawal emosi anda, dan belajar agar dapat menenangkan diri dalam apa situasi.
7. Trauma selepas bersalin
Trauma yang teruk terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin, rasa takut untuk meneran kerana mengingatkan situasi ketika bersalin.
8. Kurang zat besi
Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran semasa membuang air besar. Tidak dapat membuang air besar dengan lancar.
9. Faktor umur
Fungsi organ yang kurang efesyen apabila umur semakin meningkat atau sudah tua. Hal ini kerana mereka kurang bergerak dan tidak melakukan senaman.