Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya


Kalau tuan punya kucing mungkin boleh bersabar lagi bila si bulu buat hal berak merata. Tapi, macam mana pula kalau rumah kita jadi tandas kucing jalanan atau kucing orang lain. Bukan setakat marah dan bengang serta boleh buat gaduh dengan jiran sebelah.

Kalau sekali dua boleh consider lagi. Tapi kalau kena berkali-kali, tu yang jadi hilang pertimbangan. Jadi jika anda pernah atau sedang alami situasi sama ni petua dan cara nak elak kejadian kucing berak merata.

1. Letak botol air merah

Isi air paip dalam botol air, kemudian masukkan 2 3 titik sirap merah dan goncang. Susun la banyak mana anda nak letak. Orang lama-lama cakap kucing sangat takut dengan botol warna merah. Jadi, kucing akan avoid dari berak/kencing di tempat yang warna merah ni.

Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya

2. Cat Repellent

Cara seterusnya, anda boleh beli Cat Repellent di Daiso. Harga dalam RM6.80 sepeket dan terdapat 8 pieces. Patahkan  dan letak kat tempat kucing selalu berak/kencing. Insyaallah si bulus ni takut nak berak kat port tu.

Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya

Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya

3. Campurkan cuka dan pewangi pakaian

Resepi :

  1. 7-10 titis cuka makan dalam botol spray (maybe bau masam & busuk, so kucing tak berkenan nak berak/kencing kat tempat yang disembur tu)
  2. 1/4 penutup softener ( tak kisah brand apa pun untuk bagi wangi sikit sebab kalau spray cuka makan saje risau jadi busuk)
  3. Campurkan air paip (agak-agak sampai penuh botoi spray)
  4. Spray sesedap hati kat tempat port kucing berak/kencing tu.

* boleh spray setiap 2 hari sekali atau rajin spray hari-hari pun boleh.

Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya

4. Notis Amaran

Kalau tips di atas tak menjadi juga dan si bulus still berak/kencing di tempat yang sama maybe korang boleh cuba tampalkan notis supaya kucing tu takut untuk melepaskan hajat. hahahahah gurau je. Jangan marah ye….

Elak Rumah Jadi Tandas Kucing. Ini Caranya

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat