7 Filem Sarat Inspirasi Buat Kaum Hawa Sempena Hari Wanita Sedunia


Selamat Hari Wanita ! Kita sememangnya golongan yang istimewa tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan lelaki.

Hari ini cukup istimewa untuk mengenang pencapaian serta perjuangan kaum hawa yang cukup besar untuk mengubah dunia.

Untuk menambah makna sambutan Hari Wanita pada tahun ini, jom kita layan filem best mengenai wanita-wanita hebat yang penuh inspirasi !

7 Filem Terbaik Sempena Hari Wanita Sedunia

1. Kartini (2017)

filem kartini sesuai untuk ditonton pada hari wanita

Filem biografi ini mengisahkan perjuangan Raden Ayu Kartini yang hidup pada era 1900an di mana wanita dikongkong dengan adat yang sangat ketat dan tidak dibenarkan untuk bersekolah.

Filem ini diterajui oleh pelakon-pelakon hebat dari Indonesia seperti Dian Sastrowardoyo, Reza Rahadian dan Ardinia Wirasti.

Nama Kartini sebagai tokoh wanita di Indonesia sudah tidak asing lagi. Beliau merupakan orang yang terawal memperjuangkan hak pendidikan sama rata bagi kaum wanita.

Selepas lebih 100 tahun, warga Indonesia masih mengenang jasa wanita ini dengan menyambut Hari Kartini pada 21 April setiap tahun.

 

2. Hidden Figures (2016)

hidden figures mencetuskan inpirasi kaum hawa pada hari wanita

Diadaptasi dari kisah benar, Hidden Figures mengisahkan tentang tiga wanita berkulit hitam yang menganggotai NASA. Ketiga-tiga wanita ini kekal dalam lipatan sejarah Amerika Syarikat sebagai wanita berkulit hitam yang berjasa dalam operasi pelancaran angkasawan John Glenn ke angkasa.

Pencapaian mereka sekaligus melonjakkan reputasi orang berkulit hitam di negara tersebut yang sering didiskriminasi pada era 1960an.

3. Kim Ji-Young , Born 1982 (2019)

filem sempena hari wanita

Dilakonkan oleh Jung Yoo-Mi dan Gong-Yoo, Kim Ji-Young, Born 1982 mengisahkan tentang seorang surirumah yang tertekan namun sentiasa mengelak dari kenyataan. Dia sering meyakinkan diri bahawa semuanya baik sahaja sehinggalah dia mula meniru cara percakapan seperti ibu dan mendiang neneknya.

Keadaan menjadi semakin memburuk ketika Ji-Young menunjukkan perangai yang aneh seolah-olah seperti kehilangan identiti sendiri.

Filem ini pernah mencetuskan kontroversi kerana dianggap menentang gaya hidup patriarki di Korea Selatan.

Ia jelas menggambarkan realiti surirumah pada zaman moden yang berdepan dengan tekanan dari rumah serta orang sekeliling. Pastinya para ibu di luar sana dapat relate dengan masalah yang Ji-Young sering hadapi saban hari.

Bagaimanakah Ji-Young hadapi cabaran hidupnya dan dapatkah beliau bebas dari kecelaruan identiti ? Kalau nak tahu, kenalah tonton Kim Ji-Young, Born 1982 !

4. Erin Brokovich (2000)

filem erin brokovich sesuai ditonton pada hari wanita

Filem dari Hollywood ini pula memberikan inspirasi yang sangat hebat sempena Hari Wanita. Diadaptasi dari kisah benar, Erin Brokovich merupakan seorang ibu tunggal yang berjaya mengumpul dan menggerakkan seluruh komuniti dari Hinkley,California untuk berjuang menuntut hak masing-masing.

Dilakonkan oleh Julia Roberts, Erin Brokovich berjaya menggulingkan syarikat pembekal tenaga gergasi, Pacific Gas & Electric (PG&E) yang didapati bersalah dalam kes keracunan punca air di kawasan tersebut sehingga menyebabkan semua penduduk di situ mengalami masalah kesihatan.

Filem ini menjadi antara karya paling diingati di Amerika Syarikat dan mendapat 5 nominasi di 73rd Academy Award serta memenangi anugerah filem berprestij lain seperti Golden Globe Award dan Screen Actors Guild Award.

5. Habibie & Ainun 3 (2019)

habibie & ainun 3 memberikan inspirasi kepada semua sempena hari wanita

Berbeza dengan dua filem Habibie dan Ainun sebelumnya, filem ketiga ini menumpukan kisah hidup Ainun ketika zaman mudanya sebelum bertemu BJ Habibie.

Ainun sejak dahulu dikenali sebagai wanita yang teguh pendirian serta cerdas. Selain menjadi idola bagi ramai wanita, Ainun juga menjadi pujaan ramai lelaki ketika sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Sehinggalah Ainun bertemu Ahmad, seorang siswa tampan lalu mereka berdua pun menjalin cinta.

Ya, ini filem cinta tetapi bukanlah cinta jiwang yang putus kerana orang ketiga atau disebabkan perkara tak munasabah.

Malah, perpisahan Ainun dah Ahmad adalah perpisahan yang berlaku atas prinsip yang berbeza dalam hidup.

Orang-orang pintar ternyata mengendalikan percintaan dengan pintar dan mahal.

Ahmad memilih untuk meninggalkan Indonesia kerana menganggap negara ini tiada harapan untuk maju. Manakala Ainun pula memilih untuk perjuangkan dan bangunkan negara sendiri.

Di sinilah cita-cita mereka bercanggah bak kata Ainun “Kita dalam buku yang sama, namun pada halaman berbeda.”

Di samping berkisahkan tentang cinta lama Ainun, filem ini juga membawa kita ke zaman pengajian Ainun yang cukup mencabar untuk bergelar seorang doktor pada era 1950an.

6. Perempuan Berkalung Sorban (2009)

hari wanita

Ia mengisahkan seorang wanita Muslim bernama Anissa (Revalina S.Temat) yang hidup dalam lingkungan keluarga Kiyai disebuah pesantren yang agak konservatif.

Filem Perempuan Berkalung Sorban pernah dianggap sebagai liberal kerana banyak mempersoalkan gaya hidup Islam yang disifatkan lebih memihak kepada kaum lelaki.

Apabila kita selami hidup Annisa yang penuh dengan cabaran dan kekangan, barulah kita sedar yang masyarakat sememangnya sudah terbiasa dengan gaya hidup yang menyebelahi kaum lelaki.

Yang lebih teruk lagi, mereka menggunakan nama agama untuk membenarkan perbuatan yang menindas hak wanita.

7. 3 Srikandi (2016)

Filem ini mengenang detik bersejarah Indonesia pada tahun 1988 apabila negara tersebut mempersiapkan tiga atlet memanah wanita untuk tampil dalam sukan Olimpik Musim Panas di Seoul.

Tiga atlet tersebut adalah Nurfitriyana Saiman (Bunga Citra Lestari), Liles Handayani (Chelsea Islan) dan Kusuma Wardhani (Tara Basro).

Selain berhempas pulas untuk latihan yang berat, setiap atlet juga berdepan dengan konflik peribadi masing-masing yang boleh menghalang impian mereka.

Kemenangan ketiga-tiga wanita hebat ini diingati sehingga sekarang sebagai atlet pemanah perempuan Indonesia pertama yang merangkul pingat Olimpik.

Sememangya filem-filem ini mampu memberi suntikan semangat yang luarbiasa untuk kaum hawa berjuang mengejar mimpi. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk bersaing dengan kaum adam yang lebih berdaya dan gagah.

Namun  kebanyakan filem seperti Kartini, Hidden Figures dan Erin Brokovich yang diadaptasi dari kisah benar, membuktikan ia tidak mustahil untuk mengubah perspektif dunia terhadap kemampuan wanita.

Apa filem kegemaran anda mengenai women emporment ? Jom kongsikan filem kegemaran anda sempena hari istimewa ini ! Akhir kata,selamat menonton dan selamat meyambut Hari Wanita Sedunia !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat