Borneo Ant House Menjadi Tarikan Pelancong Di Sabah


Ingin mengetahui kehidupan serangga di dalam tanah?

Galeri bawah tanah yang dikenali sebagai Borneo Ant House (BAH) menyediakan peluang kepada para pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati pengalaman menakjubkan.

Galeri bawah tanah yang turut mempunyai mini terowong itu diusahakan pengusaha bumiputera sebagai satu lagi produk pelancongan tempatan.Terletak kira-kira 38 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, galeri bawah tanah pertama di Malaysia itu memberikan pengalaman menakjubkan mengenai habitat 700 spesis semut yang terdapat di Sabah dan Sarawak selain menyajikan koleksi warisan pelbagai kaum di kepulauan Borneo seperti Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh.


Selain galeri, BAH turut menyediakan pusat rekreasi alam semulajadi termasuk jambatan gantung serta penerangan mengenai spesis tumbuhan di negeri ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BAH, Sufiah Abd. Rahim Lee, 59, pemilihan nama BAH diambil daripada konsep kehidupan semut di bawah tanah dan bahagian-bahagian seperti kehidupan manusia.
Kita mahu membina satu produk pelancongan yang lain dari lain. Penubuhan galeri dan pusat rekreasi di tanah seluas 1.2 hektar itu sudah pasti akan menjadi mercu tanda baharu pelancong datang ke daerah Tuaran.
Penubuhan galeri dan pusat rekreasi ini juga akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan terutamanya peluang pekerjaan. Setakat ini seramai 20 pekerja tempatan diambil bertugas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian BAH di Kampung Kindu, di sini hari ini.


Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Orang ramai boleh berkunjung ke BAH dengan bayaran masuk :

Borneo Ant House Harga (RM)
Kanak-Kanak 9.00
Dewasa 18.00
OKU Percuma
Warga Emas Percuma

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat