9 Individu Hebat Yang Miliki IQ Tinggi Mengalahkan Einstein
IQ atau Intelligence Quotient sering dijadikan pengukur bagi menilai kepintaran seseorang. Skala bagi IQ seseorang biasanya berada antara nilai 70 hingga 130. Berdasarkan skala ini, seseorang yang memiliki skor melebihi 145 dianggap genius.
Sama seperti Albert Einstein yang cukup terkenal dengan kepintarannya sepanjang zaman, beliau dianggarkan memiliki skor IQ antara 160 hingga 190.
Rupanya, masih ramai lagi individu yang jauh lebih pintar daripada Einstein dengan skor IQ yang lebih tinggi.
Jom kita kenali 9 individu dengan IQ melebihi Albert Einstein !
9 Individu Dengan IQ Tinggi Melebihi Einstein
1. Ainan Celeste Cawley ( IQ 263)
Kini berusia 23 tahun, Ainan pernah menggemparkan Singapura ketika berjaya memiliki skor tertinggi di dunia sekaligus memecah rekod individu termuda di dunia yang lulus Kimia O-Level (sama tahap dengan SPM di Malaysia) semasa berusia 7 tahun.
Ketika berusia 8 tahun, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia di Singapore Polytechnic. Beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan mampu mengingati nilai Pi dengan 518 digit perpuluhan!
2. William James Sidis (IQ 250-300)
William James Sidis lahir pada tahun 1898 di New York dan dibesarkan dalam keluarga yang terpelajar. Beliau juga menunjukkan bakat yang besar sejak kecil.
Ketika berusia 5 tahun, William sudah pandai menggunakan mesin taip dan belajar pelbagai bahasa seperti Bahasa Latin, Yunani, Rusia, Perancis, Jerman dan Ibrani.
Kepintaran William memberi peluang kepada beliau untuk memberikan kuliah pertamanya dalam subjek Fizik di Universiti Harvard ketika berusia 11 tahun.
Pada tahun 1925, Sidis juga menerbitkan sebuah buku bertajuk The Animate and the Inanimate bagi menyalurkan pandangannya dalam bidang kosmologi di samping mempersoalkan hukum kedua thermodynamics.
3. Terence Tao (IQ 225-230)
Sejak kecil lagi, Terence sudah menunjukkan bakat luar biasa dalam bidang Matematik. Beliau berjaya memperoleh kelulusan doktor falsafah (PhD) pada usia 20 tahun dan menerima anugerah Fields Medal pada tahun 2006. Fields Medal adalah anugerah yang boleh disamakan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Matematik.
4. Marilyn Vons Savant ( IQ 228)
Marilyn adalah seorang penulis untuk surat khabar tempatan di Missouri, Amerika Syarikat. Beliau mula terkenal ketika pertama kali memasuki kategori IQ Tertinggi Guiness World Record pada tahun 1986. Beliau berjaya mengungguli kedudukan ini selama 3 tahun sebelum kategori ini dibubarkan pada tahun 1990.
5. Christopher Hirata (IQ 225)
Hirata merupakan warga Amerika Syarikat termuda yang merangkul pingat emas dalam International Physics Olympiad pada tahun 1996. Ketika itu, beliau berusia 13 tahun.
Pada usia 16 tahun, nama Hirata kian popular apabila terlibat dalam projek NASA. Beliau juga memegang kelulusan daripada Princeton Unversity pada usia 22 tahun. Kini, Hirata bekerja sebagai pensyarah jurusan Astronomi dan Fizik di Ohio State University.
6. Kim Ung-Yong (IQ 210)
Kim Ung-Yong lahir di Korea Selatan pada tahun 1963 dan mula bercakap pada usia enam bulan. Ketika beliau berusia 3 tahun, Kim sudah boleh membaca Bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan Jerman.
Tidak hanya memahami teori algebra ketika berusia 3 tahun, beliau juga sudah boleh menulis puisi dan melengkapkan 2 cerpen semasa berusia 4 tahun !
Keinginannya yang kuat pada ilmu serta IQ tinggi yang dimiliki mendorong Kim untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan terkemuka ketika berusia 16 tahun.
Beliau juga memiliki PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam. Kini, Kim giat melakukan kajian sambil mengajar di Chungbuk National University di Korea Selatan.
7. Edith Stern (IQ 200+)
Lahir pada tahun 1952, Edith Stern sudah mampu berkomunikasi menggunakan kad sebelum mencecah usia 1 tahun. Pada umur 1 tahun beliau sudah boleh mengenal huruf. Pada usia 12 tahun, Edith sudah memasuki kolej.
Seperti kebanyakan pemilik IQ tinggi lain, Edith juga muncul sebagai graduan termuda dari Florida Atlantic University dalam bidang Matematik.
Beliau juga berkelulusan ijazah Sarjana Matematik dari Michigan State Univeristy.
Setelah tamat ijazah sarjana, Edith terus mengajar matematik di universiti tersebut. Beliau kemudiannya sertai IBM sehingga dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Presiden dalam Jabatan Kajian dan Pembangunan.
Edith juga memiliki 120 paten di Amerika Syarikat serta wanita pertama yang menjadi ahli tetap American Society of Mechanical Engineers (ASME).
Christopher Michael Langan (IQ 190-210)
Lahir di San Francisco, California, Christopher mula bercakap ketika berusia 6 bulan dan sudah boleh membaca ketika berusia 3 tahun.
IQ tinggi yang dimiliki Christopher membuatkan beliau sering digelar sebagai Lelaki Paling Pintar di Amerika. Christopher juga berjaya mengeluarkan sebuah teori yang dipanggil “Cognitive-Theoretical Model of the Universe” yang membincangkan hubungan antara minda dan realiti.
Garry Kasparov (IQ 194)
Kasparov yang berasal dari Rusia cukup dikenali sebagai pemain catur terhebat sepanjang zaman. Beliau berjaya merangkul tempat pertama dalam ranking dunia sebanyak 225 kali. Beliau juga memegang rekod sebagai pemain chess dengan kemenangan paling banyak.
Antara bukti bakat luarbiasanya ialah ketika dia mencatatkan keputusan seri semasa bermain chess dengan IBM’s Deep Blue, sebuah komputer chess yang boleh merumus sebanyak 100 juta pergerakan chess dalam satu saat !
Melihatkan kehebatan seseorang dengan IQ tinggi ada kalanya membuatkan kita rasa kecil. Namun, anda tidak perlu risau kerana IQ bukanlah ukuran tunggal untuk menilai kualiti diri.
Memetik kata seorang pengkaji dalam bidang psikologi, Stephen Gourd, beliau percaya kepintaran adalah penting, namun kemahiran untuk berfikir secara rasional juga perlu ada dalam setiap individu.
Kebolehan seperti membuat pertimbangan yang baik serta kebolehan untuk memahami emosi diri dan orang lain (EQ atau Emotional Quotient) juga perlulah seimbang.
Kesemua nilai ini perlu ada pada seseorang bagi menentukan kesihatan mental, kemahiran memimpin dan prestasi kerja yang memberangsangkan.