Diperli Jururawat Kerana Hamil Jarak Dekat, Ibu Ini Pernah Niat Gugurkan Kandungan


Siapa kita hendak menolak takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan sekalian alam. Siapa kata hendak menghalang segala apa yang telah Tuhan kehendakkan untuk kita. Siapa kita untuk mengatakan tidak dan marah akan setiap ketentuan-Nya.

Jodoh, ajal, maut semuanya sudah ditetapkan oleh Tuhan. Kita sebagai makhluk dan manusia hanya boleh merancang sebaiknya namun Tuhan lah yang menetapkan semua benda. Memakbulkan setiap doa, menjadi dan memberikan setiap apa yang tidak disangka-sangka.

Malah dalam soal rezeki, sebagai manusia kita sepatutnya bergantung harap sepenuhnya kepada Dia. Kalau sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata, banyakkan bersabar dan berdoa. Pasti tuhan akan berikan pada satu masa yang tepat dan terbaik nanti.

Diperli Jururawat Kerana Hamil Jarak Dekat, Ibu Ini Pernah Niat Gugurkan Kandungan

Berkenaan dengan cahaya mata ini, terbaharu viral sebuah kisah berkenaan dengan seorang wanita yang pernah berhasrat untuk menggugurkan kandungan kerana diperli oleh jururawat di sebuah Klinik Kesihatan. Kisah mengecewakan itu dikongsikan oleh Orked Iman menerusi aplikasi TikTok.

Pada mulanya, Iman telah mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan bagi membuka buku pink memandangkan dia hamil setelah anak sebelumnya berumur satu tahun. Dek kerana itu, wanita ini dinasihati oleh jururawat kerana hamil jarak dekat.

Walaubagaimanapun, dia tidak gemar apabila semua pekerja kesihatan sibuk curi dengar mengenai statusnya ketika membuat pemeriksaan di Klinik.

Lebih menyakitkan hati adalah apabila ada jururawat yang tergamak mengumpat tentang dirinya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Disebabkan itu, Iman mula tertekan dan merasakan seolah-olah maruahnya dipermainkan.

Oleh kerana itu dia menjadi emosi dan kemudiannya lantas bersuara dengan suara yang lantang ingin menggugurkan bayi dalam kandungan. Selepas itu, tiada lagi kedengaran kisah-kisah yang tidak enak didengar.

“Alhamdulillah lepas benda ni jadi, dorang tak cakp dah tak elok kat aku. Aku bukan nak dapat layanan vip pun, cuma jangan lah cakap pasal main-main” , tulis wanita ini dalam videonya.

Realiti misi KK. Suka perli-perli lepas tu cakap kasar.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ramai yang berasa marah akan tindakan jururawat di Klinik Kesihatan tersebut. Tidak kurang juga ada yang menulis, realiti jururawat di KK memang begitu, suka perli lepas tu cakap kasar.

“Betul sis. Realiti misi KK. Suka perli-perli lepas tu cakap kasar. Kadang memang malas nak hadap”, tulis Atiqah Ahmat.

Dalam masa yang sama ada juga yang berkongsi pengalaman di mana dia mengandung jarak 5 tahun pun turut dimarahi jururawat, katanya takut susah nak bersalin, jadi macam anak pertama.

“Saya jarak 5 tahun pun kena bising. Dia cakap habis la tertutup semua nanti masa bersalin akan jadi macam anak pertama balik. Kerja Tuhan pun nak pertikai”, tulis Strawberi Kiwi.

 

Semoga selepas ini tiada lagi kedengaran kisah-kisah sebegini. Lebih-lebih lagi dari pihak pekerja Kerajaan seperti di Klinik Kesihatan, Hospital dan sebagainya. Buat jururawat tersebut, berhati-hatilah dalam berkata-kata.

Sumber: TikTok Orked Iman

Baca juga: “Agak-Agak La Nak Letak Bendera..” Musim PRU, Ramai Bengang Bendera Menghalang Pandangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat